Bab 24

1.4K 31 0
                                    

Nini menyusun elok pinggan-pinggan yang berisi makanan itu di atas meja di kafenya.Setelah selesai,Nini tersenyum puas apabila merasakan bahawa semuanya sudah terletak elok.

Figura Syaza dan Qassandra yang baru sahaja muncul dipandang bersama wajah yang gembira.Terpamer senyuman manis di bibir Nini.

"Wah...Banyaknya makanan.Untuk kita orang ke ini?" soal Syaza teruja apabila sudah banyak lauk menghiasi pandangannya.

"Eh,kenapa kita duduk dekat meja panjang ini?Kita kan bertiga aje.Selalunya kita kan duduk dekat meja yang ada tiga kerusi itu," Qassandra pula mengajukan pertanyaan terhadap Nini.

Nini tersenyum penuh makna seraya memandang kedua sahabatnya secara silih berganti.

"Adalah," katanya sepatah.

"Anak siapa pula lah yang jadi tetamu undangan mu ini," ujar Syaza.Tergelak kecil Nini mendengar.

"Kau masak sendiri ke semua ini,Nini?" tanya Qassandra.

"Hm,nampak gayanya macam lambat lagi je Nini nak masak semua ini sendiri.Kecuali kau suruh dia buat desert banyak-banyak.Ha yang itu tak mustahil dia buat semuanya sendiri," bidas Syaza seraya mengambil tempat di sebelah Qassandra.

Nini hanya tergelak.Langsung tidak terasa mahupun marah akan kata-kata yang meniti dari celah bibir sahabatnya.Baginya,apa yang diucapkan oleh Syaza semuanya benar.Nini seorang yang tidak terlalu pandai memasak namun dia lebih berbakat dalam membuat manisan.

Setelah beberapa minit,kedengaran suara seseorang memanggil Nini.Pantas Nini menoleh ke belakang.Senyuman lebar mula terlakar di bibirnya saat melihat sosok Edean Nadhif.

Edean menapak ke arah Nini bersama-sama Qaiyan dan Aidan di belakangnya.Nini melabuhkan punggungnya bersebelahan Qassandra.kerusi di sebelah kanan Qassandra pula sudah diuduki oleh Syaza.

"Aku lambat sangat ke? Sorry tahu jalan jem tadi," jujur Edean lalu mengambil tempat yang berhadapan Nini.

"It's okay.Syaza dengan Qas pun baru je sampai," balas Nini lembut.

Syaza dan Qassandra yang sedang ralit bermain telefon mereka itu mula menyimpan telefon setelah merasakan ada sosok yang duduk di hadapan mereka.Laju mereka mengangkat kepala.

"Kau!"

"Kau!"

Aidan dan Syaza berkata serentak.Terkejut mereka melihat sesama sendiri.Tidak disangka mereka bertemu lagi buat kali kedua.Qaiyan dan Qassandra pula sudah terkaku memandang sesama sendiri sebelum kedua-duanya termalu sendiri.

"Kau buat apa dekat sini pakcik?" soal Syaza kasar.

Aidan berdecit.

"Kau ini lembab ke makcik? Dah tengok aku dekat sini bermakna aku ini kawan Edean lah," balas Aidan pula.Sinis.

Giliran Syaza pula berdecit.

"Hoi pakcik! Kau tu tak penting pun untuk aku tahu kau ini kawan siapa okay!" Syaza menggulingkan matanya seraya memeluk tubuh.

"Heh! Dah lah kau.Menyibuk je.Blah ah sana,"

Panas hati Syaza apabila dirinya dihalau.Sudah lah dia yang datang terlebih dahulu,tiba-tiba dihalau begitu saja oleh mamat gila ni! Tidak disangka bahawa pakcik muda ini ialah kawan kepada suami kawannya.

"Lah kau! Suka hati aku lah nak duduk mana pun.Menyusahkan hidup kau ke? Tak an! Kau jangan lupa pakcik,kau hutang dengan aku!"

Aidan mengerutkan dahinya.Hutang apa pulak minah seorang ni?

"Hutang menatang apa pula kau ni?" soal Aidan kebingungan.

Syaza tersenyum sinis.

"Pertama,kau dah curi air mineral aku.Yang kedua,kau dah renjis muka aku dengan air.Habis rosak makeup aku tahu! Jadi aku rasa aku perlu balas perbuatan kau tu," terang Syaza terhadap Aidan.Nini dan Qassandra pula serentak menekup mulut mereka.Terkejut.Jadi,Aidan lah lelaki yang diceritakan oleh Syaza suatu ketika dulu.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now