Tingtong!
Loceng rumah yang berbunyi menandakan ada seseorang di luar rumahnya.Pantas Qaiyan meluru ke arah pintu rumah untuk melihat gerangan yang berada di luar.
Saat pintu dibuka,terkaku Qaiyan melihat seorang wanita yang amat jelita sedang berdiri di hadapannya bersama sejambak bunga ros merah yang agak besar.
'Ya Allah.Cantiknya...Ini bidadari jatuh dari bumbung ke apa,' bisik Qaiyan dalam hati.Tidak berkelip sepasang mata Qaiyan memandang Qassandra yang sudah naik segan di situ.
"Assalamualaikum.Encik...Encik ni,Encik Aidan Rayden ke?" soal Qassandra namun lelaki di hadapannya ini hanya diam membisu malah sedang kaku memandangnya.Qassandra mula berasa tidak selesa.
Qassandra menilik dirinya sendiri.Risau jika ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya.Tetapi tiada apa-apa yang pelik terhadap dirinya,mengapa lelaki itu memandangnya tidak berkelip? Pelik!
"Encik...Encik dengar tak saya tanya ini?" Qassandra melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Qaiyan.
Setelah menyedari dirinya keterlaluan,pantas Qaiyan menggeleng-gelengkan kepalanya.
'Apa bendalah kau ni Qaiyan.Buat malu diri sendiri aje la!,' bebel Qaiyan sendiri di dalam hati lalu berdehem perlahan bagi menghindarkan rasa malunya.
"Err...Ap...apa awak ca...cakap tadi?" tergagap-gagap Qaiyan bertanya.Tidak keruan dibuatnya.Tiba-tiba sahaja jantungnya berdetak laju apabila berhadapan dengan bidadari cantik di depan mata.
Qassandra pula yang berasa malu tika ini.Kebiasaannya, dia tenang saja jika harus menghantarkan bunga kepada pelanggan namun mengapa pelanggan kali ini membuatkan jantungnya tidak terkawal.Ekspresi wajahnya cuba dikawal agar terlihat baik-baik sahaja.
"Ermm saya tanya,encik ni Encik Aidan Rayden ke?" soal Qassandra ragu-ragu.Harapnya tidak tersalah orang.Kalau tidak menempah malu ajela.
"Ye! Saya Aidan Rayden!" laju Qaiyan membalas namun beberapa saat kemudian,dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Eh tak tak! Saya kawan dia," Qaiyan mengangguk-anggukkan kepalanya.Perasaan malu mula menerbu diri kembali, 'Kenapa dengan aku ni!'
Berkerut dahi Qassandra.
'Mamat ni alright tak alrigh?'' desis hati Qassandra.
"Jadi...betul ke ini rumah Encik Aidan Rayden?" soal Qassandra mahukan kepastian.
"Haa..haah.Betul lah,kami tinggal sekali," Qaiyan menggosok belakang lehernya.Sungguh dia malu berhadapan dengan wanita cantik di hadapannya ini.Sudah lah dia seorang yang pemalu dengan kaum hawa.
Qassandra menganggukkan kepala buat beberapa kali.Hatinya mula lega apabila dia tidak tersalah rumah.
"Kalau macam itu,boleh encik bagi bunga ni untuk Encik Aidan?"
Giliran Qaiyan pula untuk mengerutkan dahi.
'Zaman sekarang memang trend makwe bagi bunga untuk pakwe eh? Asal terbalik pulak? Kenapa aku tak tahu apa-apa ini?' monolog Qaiyan sekadar di dalam hati,
"Awak ini girlfriend Aidan ke?" serius wajah lelaki itu.Air liur ditelan payah.
"Hah? Girlfriend? Bukan bukan!" bersungguh-sungguh Qassandra menidakkan pernyataan yang diberi oleh Qaiyan.Sudah mengapa pula Qaiyan mahu menuduh Qassandra sebagai kekasih Aidan? Kenal pun tidak!
Qaiyan menghembus nafas lega, 'Alhamdulillah masih ada peluang untuk mengurat!'
"Habis? Kenapa awak bagi Aidan bunga?"
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...