Sebaik sahaja tiba waktu pulang sekolah, Bernard telah terlebih dahulu menungguku di luar pagar. Dia terus sahaja meletakkan lengannya merentasi bahuku lalu mengajak ke hujung pekan. Kelakuannya seperti kami sudah lama berkawan pula.
Setelah merentasi bangunan-bangunan kedai di pekan, kami akhirnya tiba di Sekolah Cina tersebut. Adik Bernard biasanya keluar lewat, jadi peluang itu digunakan beberapa pelajar Sekolah Cina tersebut untuk membuli Bernard.
Aku tidak faham apa yang dikatakan mereka di dalam bahasa cina. Tetapi sebaik sahaja salah seorang daripada mereka cuba menampar Bernard, aku terus menendangnya sehingga jatuh.
Aku kagum sebentar. Kakiku terasa ringan dan kuat, tidak pernah lagi aku mengangkat kaki setinggi tadi untuk menendang.
"Hoi, lu jangan masuk campur," marah salah seorang dari kumpulan mereka sambil cuba menumbukku. Tumbukannya mengenai pipiku sedikit.
Dengan pantas aku memberikan low kick tepat mengenai tepi lutut kirinya. Lelaki itu menahan sakit cuba menendangku pula. Badanku ringan mengelak tendangannya itu, lalu memberikan satu lagi low kick di tempat yang sama dengan lebih kuat.
Lelaki itu akhirnya terbaring di atas rumput sambil memegang lutut kirinya. Mulutnya meraung seperti di dalam kesakitan.
Tiga lagi kawannya datang menghampiriku. Mata mereka berhati-hati memerhatikan pergerakan kakiku sepaya tidak menerima nasib yang sama seperti kawan mereka.
Tetapi kali ini tanganku laju sahaja menumbuk dagu lelaki yang mana badannya lebih besar daripada kawan-kawannya. Tumbukan yang datangnya dari arah tepi itu telah membuatkan lelaki itu jatuh terduduk. Beberapa kali dia cuba bangun tetapi kakinya tidak mahu mendengar. Akhirnya, dia terbaring di atas rumput.
Dua lagi kawannya menyerang aku secara serentak. Aku cuba menjauhkan jarak mereka dengan menendang dada mereka. Akan tetapi, salah seorang dari mereka berdua berjaya memeluk kaki kiriku.
Aku segera memusingkan badannya, lalu menjatuhkan lututku pada dadanya menggunakan berat badan. Seterusnya memberinya satu tumbukan tepat pada rahangnya.
Kawannya pula datang menguncikan kedua-dua lenganku dari belakang sambil kaki kirinya menendang badanku dengan lutut.
Dengan segera aku menjatuhkan sebelah lagi lututku, lalu melonjakkan pinggulku ke atas bagi menyampakkan badan lelaki yang mengunci tanganku tadi. Sebaik sahaja dia bangun, aku terus menghadiahkan low kick pada lututnya, middle kick pada tepi perutnya.
Belum sempat aku memberikan high kick, dia telah tumbang dahulu sambil memegang tepi perutnya.
Adik Bernard datang berlari ke arah kami lalu bercakap dengan abangnya di dalam bahasa cina. Mereka berdua bertekak sebelum akhirnya Bernard mengejar adiknya dari belakang sambil memujuknya di dalam bahasa cina.
Aku membiarkan sahaja kedua-dua adik beradik itu menyelesaikan masalah mereka. Di dalam masa yang sama aku melihat ke arah keempat-empat lelaki yang bergaduh dengan aku tadi.
"Siapa kepala?", tanyaku dengan nada keras.
Masing-masing menunjukkan ke arah lelaki yang paling besar di antara mereka. Tanpa membuang masa, aku terus menghempaskan punggungku di atas perutnya.
"Ahakk!! Aduh...sakit. Tolonglah...saya tak mau lawan lagi," rayu lelaki itu.
"Mau kacau Bernard lagi tak?" tanyaku.
Dia menggelengkan kepalanya, tetapi aku tahu itu hanya jawapan bagi melepaskan dirinya sahaja. Aku terus sahaja bangun dan berjalan kaki pulang ke rumah.
Tiada apa yang dapat aku lakukan buat masa ini. Tidak ada apa-apa jaminan juga yang mereka akan berhenti dari membuli Bernard.
Keesokan harinya, seorang pelajar lelaki berbadan tegap telah menunggu kehadiran aku dan Bernard.
YOU ARE READING
RE: Semula - A New Beginning... [Complete]
Short StoryApakah yang anda akan lakukan sekiranya suatu hari anda kembali ke masa lampau? Apa yang akan anda ubah? Faris sering bercerita tentang masa mudanya kepada pekerja-pekerja perubatan dan juga kepada sukarelawan yang menjaganya. Kekesalannya di atas...