RE 44 - Rita Bahagian 1

2K 19 0
                                    

Sejak Ieka sudah tidak lagi bekerja di cyber café, aku memang sudah lama tidak menjejakkan kakiku di sini. Disebabkan cyber café yang lain sudah ditutup pada waktu ini, maka terpaksa jugalah aku ke sini.

Segala-galanya nampak biasa sahaja bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Hanya aku seorang sahaja yang merasakan tempat ini sudah hilang serinya tanpa Ieka.

"Ehem...lama tak nampak?" tegur Rita sebaik sahaja aku menghampiri kaunternya.

Aku hanya membalasnya dengan senyuman sebelum berkata, "nak guna internet, ada kosong tak?"

Dia menjawab, "ada...PC 2".

Aku terus sahaja masuk ke dalam bilik yang biasa disediakan untuk pengguna-pengguna internet sahaja. Juga merupakan tempat bersejarah aku dan Ieka dahulu.

'Ni PC orang tengok blue...' keluhku di dalam hati sebaik melihat meja komputer yang dikatakan Rita tadi.

Kesemua meja komputer di dalam bilik ini disusun bersandar pada sisi dinding bilik, PC 1 dan PC 2 berada di kedudukan paling strategik sekali kerana terlindung dan tidak dapat diintai daripada cermin pintu.

Sedang aku sibuk mencari gambar di dalam internet untuk kerja kursus, Rita datang menghampiriku. Dia meletakkan kad jemputan di atas meja komputer.

Aku terus mengambil kad tersebut sambil berkata, "eh? Akak dah nak kahwin? Tahniah..."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mataku menangkap nama di dalam kad jemputan.

"Undangan Perkahwinan Shahrul dan Shafieka"

Apa yang dilakukannya tidak ubah seperti meletakkan garam pada luka lama yang masih lagi berdarah. Aku terus memandang tepat ke arah wajah Rita.

Di hatiku berkata, 'cari gaduh ke perempuan ni?'

Melihat air wajahku, Rita terus memelukku sambil berkata, "alah, sorrylah...akak bukannya nak sakitkan hati Faris. Tapi akak rasa, Faris patut tahu..."

Aku mengeluh panjang sebelum membalas, "haaaaish...saya nak buat apa lagi, kak? Takkan saya nak sergah majlis kahwin diorang macam dalam cerita mat saleh tu?"

"Nak buat muka selamba makan kenduri tu pun macam tak kena jugak," sambungku lagi.

Sekali lagi aku mengeluh panjang sambil memandang ke arah skrin komputer. Satu lagi kenyataan yang tidak mampu aku ubah, Ieka akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan bapanya pada cuti sekolah nanti.

Lelaki itu merupakan anak DO, district officer kawasan ini. Manakala aku pula, bukannya sesiapa di mata bapanya. Hanya seorang budak mentah yang pernah membawa anak perempuannya keluar secara curi-curi dan juga pernah membelasah anak lelakinya.

Hatiku berat bila memikirkan di masa hadapan nanti akan tersebarnya berita skandal suami Ieka bersama seorang artis perempuan terkemuka.

'Haaahh...kau siapa nak selamatkan dia? Kau pun sebenarnya buaya. Tak ada bezanya kau dengan bakal suami dia,' kataku di dalam hati.

"Err...Faris marah akak ke?" tanya Rita dengan nada perlahan.

Sebaik melihat aku tidak membalas apa-apa, dia terus berkata, "kalau Faris marah, Faris picitlah tetek akak...akak rela".

Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya, dia terus meletakkan tanganku pada buah dadanya. Bagaikan lauk sengaja menyerahkan dirinya kepada pemangsanya.

"Luar baju je? Apa barang?" kataku bersahaja.

Rita rasa tercabar mendengar kata-kataku tadi terus menyelak t-shirt lengan panjang yang dipakainya bersama dengan branya. Dan seterusnya, dia mempersilakanku untuk meramas payudaranya.

RE: Semula - A New Beginning... [Complete]Where stories live. Discover now