RE 19 - Pertempuran

2.7K 26 2
                                    

"Woi, mana kau nak lari? Hutang aku pun kau tak bayar, perempuan yang kau cakap nak bagi tu pun tak ada," marah Mus.

Khai segera melutut serta menyusun sepuluh jarinya, lalu berkata, "maafkan aku, Mus...rancangan aku dah gagal. Steven bagi amaran dekat aku jangan berani langgar budak tu..."

Mus menghayunkan penumbuknya tiga, empat kali ke rahang Khai sebelum berdiri tegak bertanya kepadanya, "jadi kau lagi takut dengan Steven dengan budak mentah tulah? Ni, budak mana ni?"

Khai menggelengkan kepalanya sambil berkata, "aku tak tahu...aku tak tahu..."

"Apa lagi? Bagi dia cukup-cukup sampai dia tahu," Mus mengarahkan budak-budaknya.

Sambil menyalakan rokok, Mus merungut seorang diri, "harap muka je jambu...aku ingatkan ambil budak jambu macam ni, boleh bawak awek beratur untuk kumpulan kita".

"Jagi, kau pernah tengok budak tu, kan? Cari dia sampai dapat, kau heret dia pergi rumah aku," arah Mus.

Jagi cepat-cepat menganggukkan kepalanya sebaik mendengar arahan daripada Mus. Sebelum Mus beredar, dia sempat menyepak muka Khai serta meludahnya.

"Kau ni buat malu member jelah...takkan itu pun kau tak boleh buat? Kau tau jelah Mus tu bila dah marah...tu belum masuk dengan hutang-hutang kau lagi," bebel Jagi di sebelah Khai yang ditinggalkan tertiarap di atas tanah.

"Aku cara baik tak tau...cara jahat je aku tahu, hahahaha!" gelak Jagi sambil menghidupkan motosikalnya.

Seperti biasa, sama ada aku atau Pak Lang menghantar dan mengambil Yati di tempat kerjanya. Yati pula masih lagi di dalam keadaan sugul. Namun, dia tetap meneruskan hidupnya seperti biasa.

Suatu malam, sewaktu aku sedang mengambil Yati pulang dari kerja, tiba-tiba motosikal yang ditunggang kami dihalang serta dikepung empat buah motosikal.

Preengggg!!! Peenggg!!! Vrrrrttttt!!!

Bunyi deruman enjin motosikal bercampur pelbagai jenis, sengaja mereka melakukan sebegini bagi menggerunkan aku dan Yati. Jalan ini pula terlalu sunyi tanpa ada kenderaan yang selalu melaluinya.

Aku terus menyerahkan telefon bimbitku kepada Yati dan berkata kepadanya, "bila akak dapat peluang, akak bawak motor ni pergi pekan. Akak call dalam contact aku, nama Steven".

Sebaik sahaja mereka berempat mematikan enjin motosikal masing-masing, Jagi berkata, "inilah budaknya yang Khai cakap tu, kot?"

"Kau kenal Khai?" tanya Yati.

Jagi tergelak besar sambil berjalan ke arah motosikalku. Lalu menjawab, "mana tak kenal? Member baik aku tu! Patutnya dia bawak kau, bagi kitorang kenduri badan kau beramai-ramai. Tapi, budak ni halang. Bangs..."

Pssttttt...

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku terus menekan pepper spray yang sentiasa aku bawa di dalam poket sejak Khai memerhatikan aku dan Yati tempoh hari.

"Arggghhhhh!!!! Pedih! Apa benda kau letak kat mata aku!!!" jerit Jagi sambil bergolek di atas jalan raya.

"Woi, kau main bangsat!" marah salah seorang kawannya.

"Sekarang ni, korang nak sembang ke nak lawan? Bawak geng ramai-ramai, ada hati nak cakap orang main bangsat!" balasku sebelum meluru ke arah lelaki berbadan gempal memegang batang paip besi.

Tanpa belas kasihan aku merembat kangkangnya bagaikan membuat rembatan pada bola ragbi sebelum merampas batang paip besi yang dilepaskannya. Nasibku agak baik kerana libasan rantai rakannya hanya mengenai sipi pada bahuku.

RE: Semula - A New Beginning... [Complete]Where stories live. Discover now