RE 39 - Kuala Lumpur

2.1K 21 1
                                    

Sebaik kami turun dari Genting, Wandi terus mengambil bas pulang dari Puduraya. Manakala, aku pula ke rumah bapaku dahulu sebagaimana tahun lepas.

Antara perkara yang masih tidak berubah sejak aku kembali, adalah layanan dingin daripada kedua ibu dan bapaku. Mereka masing-masing telah berkahwin baharu.

Lantas, meletakkan aku tersangkut di tengah-tengah. Mereka tidak pernah membenarkan aku tidur di rumah mereka kerana mereka telah pun mempunyai anak bersama pasangan masing-masing.

Jadi biasanya, mereka akan memberikan aku duit dan pandai-pandai akulah nak hidup macam mana. Asalkan jangan datang menumpang di rumah mereka.

Buat masa ni, aku sememangnya mahukan duit mereka sahaja, jadi aku hanya perlu menunjukkan muka di hadapan pintu mereka dan pergi setelah menerima duit.

"Buat apa jalan-jalan kat KL lewat petang macam ni? Nanti tak ada bas nak balik rumah Pak Lang," bebel bapaku sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Dia langsung tidak menjemputku masuk ke dalam dahulu. Dari pintu yang masih terbuka itu, aku terpandang di meja makan ada seorang gadis sedang duduk di situ.

Erin, anak hasil dari perkahwinan ibu tiriku dengan suaminya dahulu. Mungkin bapaku sedang menolongnya mengulangkaji untuk SPM tahun hadapan.

Sama sepertiku, Erin dianggap remaja bermasalah. Sebaik habis SPM, dia terus sahaja berkahwin dengan teman lelakinya dan mempunyai lima orang anak. Tetapi, perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama kerana suaminya merupakan penagih dadah tegar.

Kesudahannya, dia pula yang perlu bekerja bagi mencari duit sewa rumah dan belanja makan anak-anak. Selepas bercerai, anak-anaknya dijaga oleh bapaku dan ibunya. Manakala, kehidupannya pula masih lagi terumbang-ambing biarpun sudah menjangkau usia 40 tahun.

Tidak lama kemudian, bapaku datang semula dengan menghulurkan wang, "nah ambil duit ni...ikut kaulah nak tidur kat mana. Yang aku tau, kau kena balik rumah Pak Lang".

Tanganku mengambil duit tersebut tanpa berkata apa-apa. Setelah beredar dari rumah bapaku, kini aku menuju ke arah rumah ibuku pula. Adakalanya, aku merasakan seperti di dalam cerita Doremi pula, minta duit berasingan sebegini.

Setelah mendapat duit daripada ibu, aku berjalan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sambil melihat suasana malam.

Beberapa kali juga bapa ayam menghampiriku menunjukkan amoi yang boleh kulanggan dengan serendah 20 ringgit sahaja. Tetapi, kalau terkena penyakit tu, memang nasiblah.

Setelah makan dan puas berjalan, aku mencari hostel untuk melelapkan mata. Hostel yang aku jumpai pada malam itu merupakan mixed dorm, campur lelaki dan perempuan. Tetapi, sangat jarang pelancong perempuan memilih mixed dorm ini.

Pada asalnya, hanya aku seorang sahaja di dalam bilik dorm tersebut, manakala bilik dorm yang lain telah pun penuh. Tetapi tidak lama kemudian, terdapat beberapa wanita dari Eropah masuk ke dalam bilik tersebut.

Mungkin kerana telah agak hampir dengan cuti Krismas, jadi rata-rata backpackers sudah tidak mempunyai pilihan lain selain mixed dorm seperti ini.

Satu kebiasaan bagi orang Eropah, mereka tidur berbogel. Sewaktu lampu dipadamkan, aku boleh melihat bayang-bayang tubuh mereka menanggalkan pakaian sehingga berbogel sebelum memasuki selimut.

Keesokan paginya aku sengaja bangun awal, memang cuci matalah tengok mereka seorang demi seorang bangun. Mujur mereka perempuan, kalau lelaki Eropah memang muntah hijaulah juga.

Mereka nampak seperti tidak kisah, mungkin kerana aku seorang sahaja lelaki di dalam dorm. Aku juga buat-buat sibuk dengan telefon bimbit mesej rakan chat yang mana telah berjanji mahu berjumpa pada hari ini.

RE: Semula - A New Beginning... [Complete]Where stories live. Discover now