“Hnnnggggghhhh...iyaaahhhhh,” aku menggeliat kemudiannya termenung melihat tilam.
“Haihhh...kenapalah dah tahun baru? Rasa macam tak puas lagi cuti sekolah. Haha...cuti dekat dua bulan, sembang tak puas lagi pulak...” keluhku sendirian.
Sewaktu aku berjalan ke bilik mandi, Pak Lang yang mana sedang bersarapan terus mempelawaku makan.
“Ya...nak mandi dulu...” jawabku ringkas.
Dia tidak boleh lagi memarahi aku seperti dahulu. Semuanya gara-gara keputusan PMRku yang cemerlang. Nombor satu di dalam sekolah dan antara yang terbaik di peringkat negeri.
Biarpun aku telah agak lama meninggalkan sekolah, tetapi dahulunya aku pernah belajar di universiti. Tidak ada masalah untuk menjawab soalan yang masih boleh dikatakan lebih mudah berbanding SPM. Setiap yang belajar di universiti pasti akan ada sistem belajarnya sendiri.
Biarpun agak samar-samar di dalam ingatan, sedikit sebanyak ada topik-topik yang aku masih ingat keluar di dalam peperiksaan. Begitu juga ketika SPM nanti. Aku telah menulis di satu lagi buku nota apa yang patut aku baca dan ingat.
Aku telah menerima pelbagai hadiah serta anugerah daripada sekolah. Namun, pada hari ini aku akan menuntut hadiah pertaruhan daripada Cikgu Zuraida.
Sebaik sahaja aku selesai bersiap, aku terus bersarapan di meja makan berdua dengan Nora. Pak Lang berasa malu dengan apa yang pernah dikatakannya kepadaku dahulu. Jadi dia tidak pernah makan semeja denganku.
Manakala Yati pula sudah bekerja restoran makanan segera di pekan. Dia tergesa-gesa sarapan sebelum meninggalkan rumah. Katanya, duit gaji nanti mahu digunakannya bagi mengambil lesen memandu.
Terdapat dua kerja kosong yang dia pertimbangkannya dahulu, iaitu kedai makan dan restoran makanan segera. Namun, aku memintanya memilih restoran makanan segera.
Di kedai makan itulah dia akan berjumpa dengan teman lelakinya bekerja sebagai pembancuh air. Nampak dari segi luaran kelihatan biasa, rupa pun mungkin ada lah sedikit. Tetapi, kaki layan barang. Bila tak cukup duit, dia bagi Yati main dengan kawan-kawannya.
Diri Yati yang dahulu nampak seperti broken sebelum berjumpa dengan lelaki yang akan mengahwininya. Pada kali ini, aku mungkin boleh menjaganya sehingga dia berjumpa dengan bakal suaminya.
Memandangkan Yati sudah jauh berubah, dia tidak lagi memarahi aku seperti dahulu. Selalu pula membawa pulang ayam goreng dari tempat kerjanya dan memberikannya kepadaku dan Nora.
Nora tidak ada masalah untuk berjalan bersama-sama denganku ke sekolah. Sebelum ini, hanya Yati seorang sahaja yang beriya-iya tidak mahu dirinya dan Nora dilihat mesra denganku.
Sewaktu berjalan ke dewan sekolah, aku sempat mengenyitkan mata ketika berselisih dengan Cikgu Zuraida. Dia hanya menundukkan kepalanya tetapi bibirnya mengukir senyuman manis.
Setelah dibahagi-bahagikan kelas, barulah aku akhirnya dapat menyambung menggeliat di mejaku sendiri. Kelas ini aku sendiri yang minta daripada cikgu. Pada awalnya, mereka tidak bersetuju kerana mahu memasukkan aku ke kelas pertama.
Namun, setelah puas bertolak tarik denganku, mereka terpaksa akur. Mungkin mereka risaukan aku akan menjadi stress jika terlalu memaksa aku.
Beberapa tahun lalu, pernah terjadi kes di mana pelajar membunuh diri kerana terlalu stress. Belajar siang dan malam namun masih tidak boleh mencapai apa yang dimahukan oleh keluarga dan guru-guru.
Rata-rata rakan sekelas juga datang menghampiri mejaku untuk berkenalan serta bertanya mengapa aku mahu masuk kelas ketiga sedangkan aku boleh sahaja masuk kelas pertama mahupun kedua.
YOU ARE READING
RE: Semula - A New Beginning... [Complete]
Short StoryApakah yang anda akan lakukan sekiranya suatu hari anda kembali ke masa lampau? Apa yang akan anda ubah? Faris sering bercerita tentang masa mudanya kepada pekerja-pekerja perubatan dan juga kepada sukarelawan yang menjaganya. Kekesalannya di atas...