RE 41 - Kisah Silam Rina

1.8K 21 0
                                    

Sekembalinya kami di pekan, Rina mengajakku duduk dahulu dengannya di taman. Kami duduk di kerusi panjang tanpa berkata apa-apa.

Rina seperti mahu menceritakan sesuatu kepadaku tentang kisah silamnya. Tetapi mulutnya berat untuk memulakannya.

Jadi terpaksalah aku yang memulakan dahulu dengan bertanya, "siapa perempuan tiga orang tu tadi?"

"Nama diorang Jenny, Dania dan Alia...diorang tu satu sekolah dengan aku dulu," jawab Rina.

Beberapa tahun sebelumnya, Rina tinggal di Ipoh bersama ibunya. Ibu dan bapanya telah lama bercerai, hanya ibunya sahaja yang telah berkahwin baharu. Manakala bapanya hanya menumpukan perhatiannya kepada kerjanya di kantin sekolah.

Rina selalu cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan kawan-kawan di tempat baharunya, tetapi sayangnya terlalu sukar baginya untuk mendapat tempat bersama kawan-kawan yang berbeza taraf hidup dengannya.

Sehinggalah pada suatu hari, seorang gadis bernama Jenny datang mendekatinya serta bertanya, "kau nak lepak dengan budak-budak aku tak hujung minggu ni?"

Tiba-tiba sahaja dia mendapat tawaran untuk masuk ke circle budak popular di sekolahnya, laju sahaja dia menerima pelawaan Jenny itu.

Pada awalnya, mereka hanya lepak-lepak biasa sahaja di pusat membeli-belah, melihat alat solek di pusat kecantikan, karaoke serta menonton wayang.

Suatu hari, Jenny tiba-tiba sahaja mengajak Rina ke rumahnya. Ibu bapanya selalu bekerja di luar negara. Jadi hanya dia seorang sahaja yang tinggal di rumah itu dengan ditemani dua orang kawan baiknya iaitu Dania dan Alia.

Mereka tidak segan silu membawa lelaki masuk ke rumah itu dan seterusnya melakukan hubungan seks secara terang-terangan di ruang tamu serta di dalam bilik tanpa menutup pintu.

Rina yang masih tidak biasa dengan budaya mereka itu hanya duduk diam sahaja di sofa sambil meneguk air yang disediakan.

Pada asalnya dia tidak kisah apa yang dilakukan mereka, asalkan dia dapat masuk ke dalam circle mereka. Lagipun bukannya dia mengikut mereka melakukan seks atau meminum minuman keras.

Tetapi segala-galanya tidak kekal begitu sahaja, bermula dengan kemunculan seorang lelaki bernama Haikal. Memiliki paras rupa yang mampu memikat hati mana-mana wanita yang melihatnya.

Dia mula mendekati Rina dengan berpura-pura mempunyai minat yang sama dengannya. Pada awalnya dia tidak menyangka lelaki sekacak itu mahu mendekatinya. Bukan sahaja memiliki minat yang sama dengannya, malah serasi berbual dengannya.

Hati Rina mula terpikat apabila Haikal selalu memberi perhatian serta mengambil berat padanya. Dadanya berdegup kencang setiap kali Haikal menyentuh tangannya serta memeluk bahunya.

'Betul ke ni? Mamat ni suka kat aku?' Rina tertanya-tanya di dalam hati.

'Tapi...aku tak cantik macam Jenny, Dania dan Alia...' katanya lagi di dalam hati.

Suatu hari dia memberanikan diri mengikut Haikal melepak di dalam bilik. Rina telah bersedia dan menekadkan dirinya untuk menyerahkan perawannya kepada lelaki yang sangat disukainya itu.

Tetapi malang sekali, cintanya itu tidak berbalas. Sewaktu dia sudah bersedia berbogel di atas katil, tiba-tiba Jenny masuk bersama kesemua yang ada di rumahnya ketika itu untuk mentertawakan serta mengejeknya secara beramai-ramai.

"Kenapa? Kenapa korang buat aku macam ni?" tanya Rina dengan kecewa.

Jenny mengeluh sebelum menjawab, "haaah...kau ni masih tak sedar diri ke? Mak kau tu meniaga kuih-kuih frozen je...bapak kau pulak kerja kantin. Bapak tiri kau pulak, kerja kilang je. Kau ingat, kau ni setaraf ke nak kawan dengan kitorang? Kau sama satu sekolah pun dah buat aku sakit mata".

RE: Semula - A New Beginning... [Complete]Where stories live. Discover now