RE 23 - Dating

2.9K 19 1
                                    

Sehari selepas perkhemahan di sekolah, merupakan hari cuti peristiwa. Aku telah merancang awal-awal untuk membawa Ieka ke Ipoh bagi menonton wayang.

Pada awalnya, dia seperti tidak berapa setuju untuk dengan cadanganku menaiki motosikal ke sana kerana perjalanan boleh dikatakan agak jauh. Tetapi oleh kerana dia lebih takut lagi sekiranya pulang lewat kerana menunggu bas, maka dia mengikut sahaja cadanganku.

"Jangan bawak laju-laju tau..." amarannya sebaik sahaja duduk di belakang belakangku.

"Kalau macam tu, akak kenalah peluk saya kuat-kuat. Barulah boleh layan santai bawak motor," balasku sambil mengusiknya.

Dia tersenyum sambil kedua tangannya memeluk badanku. Bibirnya berkata, "mengada!"

Sebagaimana yang telah aku janjikan, aku menunggang motosikal dengan santai sahaja. Aku juga tidaklah begitu berani untuk membawa dengan laju.

Semuanya gara-gara salah seorang daripada rakan sekelasku yang tidak sempat pun mengambil keputusan SPM kerana terlibat di dalam kemalangan maut dilanggar lori.

Kejadian itu sedikit sebanyak meninggalkan satu impak yang besar di dalam diriku. Di dalam kata mudahnya, aku masih trauma mendengar cerita kawan-kawan yang berada di tempat kejadian.

Setibanya kami di Ipoh Parade, Ieka memilih cerita romantis seperti yang aku boleh agak. Baru sahaja aku hendak membayar harga tiket, dia telah menghalangku dan mengeluarkan duit dari beg tangannya.

"Lah...tak apalah, saya kan boleh bayarkan," kataku kepadanya.

Sambil menjeling tajam ke arahku dia berkata, "merepeklah...awak tu budak sekolah lagi, akak dah kerja".

Oleh kerana aku tidak mahu bertekak dengannya, aku membiarkan sahaja dia membayarkan harga tiket serta makanan kami. Inilah pengalaman pertamaku dibelanja perempuan sewaktu keluar bersama.

Tetapi jelingannya tadi itu boleh dikatakan agak seksi juga. Sayangnya, pada zaman ini aku tidak mempunyai kamera atau smartphone untuk menangkap gambarnya tadi.

Sewaktu sedang menonton wayang, tanganku mula gatal mahu menjalar ke tubuhnya. Bermula dengan berani memegang tangannya, lalu telapak tanganku diletakkan pada pahanya.

Belum sempat tanganku tiba ke celah kangkangnya, tangannya telah membuat roadblock.

Sambil memegang tanganku yang gatal tadi, dia berbisik rapat di telingaku sehinggakan bibirnya adakalanya menyentuh telingaku.

"Lepas nilah...akak suka cerita ni," beritahunya.

Disebabkan dia bukannya berkata tidak boleh atau tidak mahu, hanya menangguhkan sahaja. Aku duduk diam melayan cerita yang telah dipilihnya sambil jari-jemari kami disilangkan dan diletakkan pada arm rest.

Biarpun aku ini bukanlah mat jiwang, namun cerita itu boleh tahan juga. Cerita Cinderella versi lelaki, tetapi untuk aku melihatnya sendiri memang tipis sekali peratus kebarangkaliannya.

"Haaaahh..." Ieka mengeluh puas sambil tersenyum sebaik sahaja cerita tamat.

"Jom kita pergi makan," pelawanya sambil menarik tanganku untuk bangun bersamanya.

Oleh kerana moodnya nampak begitu baik, aku terus sahaja mengarahkannya ke tangga kecemasan di tingkat tersebut yang biasa digunakan untuk menghisap rokok.

"Buat apa kat sini? Faris hisap rokok ke?" tanya Ieka hairan.

Tanganku menjalar pada bahunya serta menyentuh pinggangnya sambil berkata, "tadi kata nak bagi lepas tengok wayang?"

Ieka membalas, "ingat pulak dia...cepat sikit tau. Tempat ni macam orang selalu masuk".

Sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada Ieka, aku terus sahaja mengucup bibirnya yang merah dan kecil comel sahaja. Mata kami berdua sama-sama dipejamkan.

RE: Semula - A New Beginning... [Complete]Where stories live. Discover now