"Ehem...gengster sekolah," tegur suara perempuan di belakangku.
Suara itu datangnya dari gadis yang bernama Mia. Aku terus berkata, "gengster apanya? Babab karang baru tau".
Aku cuma bergurau sahaja dengan Mia, tetapi dia dengan sendirinya menyuakan punggungnya kepadaku sebaik melihat sekeliling kami berdua. Dengan tidak membuang peluang yang diberikan, aku terus menepuk punggungnya.
"Ahn...jahatlah Faris ni tepuk kuat," katanya sambil tergelak kecil.
Seterusnya dia mempelawaku, "Faris nak tak ikut Mia pergi Ipoh hujung minggu ni?"
"Buat apa?" tanyaku ringkas.
"Ikut jelah...takkanlah takut Mia babab balik pulak, kot?" perlinya sambil tersenyum.
"Eh, kalau Mia...kena rogol dengan Mia pun Faris sanggup," balasku bergurau dengannya.
"Hei, rugilah Mia kalau rogol Faris. Huhu. Mia nak pergi gig, tapi tak ada kawan nak temankan," terang Mia.
"Oh, cakaplah awal-awal. Mestilah boleh nanti hari Sabtu kita jumpa dekat stesen bas," kataku bersetuju.
Aku pernah mendengar tentang underground gig yang diadakan secara sembunyi-sembunyi di dewan sekolah-sekolah cina. Tetapi, inilah pertama kali aku menyertainya, itupun sebab menemankan Mia.
Pada hari Sabtu yang dijanjikan, kami bersama-sama menaiki bas ekspres ke Ipoh. Oleh kerana gig itu berlangsung pada sebelah malam, kami bergerak dengan menaiki bas petang.
Tiba di Bandar Ipoh, kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke tempat gig tersebut diadakan. Mia meminta kepadaku untuk singgah dahulu di tandas stesen minyak.
Aku menganggap, dia mahu menggunakan tandas sahaja. Tetapi sangkaanku itu ternyata meleset teruk sebaik melihat Mia berpakaian Punk Rock keluar dari pintu tandas.
Dia tersenyum menegurku, "teruk sangat menganga tu".
Mungkin salahku juga kerana tidak bertanya band apa dan sebagainya. Kini pakaianku pula nampak seperti tidak sesuai.
Mia nampak selesa menari terlompat-lompat di sebelahku sambil menyanyikan lagu yang sedang dimainkan band di atas pentas. Kali ini aku merasakan seperti aku berada di tempat dan masa yang salah. Juga tema baju yang salah.
Tetapi, keseronokan remaja-remaja yang berada di konsert itu tidak bertahan lama sebaik tempat itu diserbu polis.
"Cepat, Faris! Kita kena lari!" ajak Mia sambil menarik pergelangan tanganku.
Aku masih terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang terjadi. Dari konsert gig yang aku tidak faham apa yang dinyanyikannya tadi, kini bertukar menjadi huru-hara.
Dadaku berdebar-debar, seandainyalah aku kantoi ditahan polis, memang kena kaw-kawlah aku dengan Pak Langku.
Kami berjaya melarikan diri, tetapi polis masih lagi giat memburu mereka yang berjaya meloloskan diri. Aku dan Mia kini bersembunyi di belakang lorong gelap.
"Kalau kita pergi stesen minyak tu tukar baju sekejap kantoi tak awak rasa?" tanya Mia sambil menunjukkan stesen minyak di seberang jalan besar.
Terus sahaja aku menjawab, "mestilah kantoi, pakaian kau ni macam bagitau orang yang kau baru lari masa polis serbu konsert gig underground".
"Habis tu macam mana?" tanya Mia resah sambil melihat kenderaan polis yang masih lagi berkeliaran di kawasan itu.
Aku melihat pakaian Mia, lalu mencadangkan, "apa kata kau tukar je kat lorong ni? Lorong ni gelap".
![](https://img.wattpad.com/cover/340970366-288-k902393.jpg)
YOU ARE READING
RE: Semula - A New Beginning... [Complete]
Short StoryApakah yang anda akan lakukan sekiranya suatu hari anda kembali ke masa lampau? Apa yang akan anda ubah? Faris sering bercerita tentang masa mudanya kepada pekerja-pekerja perubatan dan juga kepada sukarelawan yang menjaganya. Kekesalannya di atas...