LKS (15)

18.4K 567 33
                                    

“Aluna! "

“auchh! " Aluna memegang tempat kepalanya diketuk.

“kau buta ehhh! " marah Karl Syakirin sambil mencekak pinggangnya.

“lama-lama bocor kepala saya tuan" jawab Aluna mengelus kepalanya yang terasa sedikit perit itu.

“bocor pun bukan keluar apa pun, otak kau mana ada! " bidas Karl Syakirin tanpa bersalah. Aluna menjelingnya geram.

“tuan, kenapa?" tanya Aluna buat suara comel.

‘eeeeyyy.... aku cium kang bibir tu haa! '

"ehemmm.... kau tak nampak aku ehh masa kau lalu tadi? haaa! Asal dah rabun dah mata tu?" marah Karl Syakirin sebenarnya sengaja mengusik wanita itu.

“nampak tuan! tapi saya nak cepat ni! " balas Aluna tergesa-gesa, kaki di gerakan kerana gelisah.

“nak pergi mana?“ tanya Karl garang.

“nak jumpa incas tuan, ada kerja sikit" jawab Aluna mula membuka langkahnya.

“eh eh eh..... kau nak pergi mana?" Karl Syakirin menarik rambut pendek yang diikat itu.

“tuan, nanti kita sambung ehhh.... sekarang nak cepat" jelas Aluna memohon, dia cuba melonggarkan genggaman tangan itu dari rambutnya.

“no..... selagi aku tak suruh kau pergi kau jangan pergi! "

“tuan, please!" Aluna sudah berpeluh kerana panas terik. Dia sangat meminta belas kasihan lelaki itu.

"no" Karl masih berkeras. Lelaki itu berpeluk tubuh.

"tuan! "

“no"

“Leftenan Karl Syakirin! " Karl Syakirin terkejut mendengar nama penuhnya disebut.

“9305120......"

"hey hey heyyyy!! " bertambah terkejut lelaki itu mendengar gadis dihadapannya menghafal semua tentangnya termasuk IC nya.

"mana kau rompak profile aku ni?“ Karl mula memulakan perangnya.

Aluna Zinnirah memutarkan matanya, dia tahu tuannya pasti terkejut akan kehebatannya menghafal sesuatu. Dengan lantang dia bersuara untuk terus mengusik lelaki itu.

“seluar dalam tuan pun saya tahu harga dia" balas Aluna membidas menembak peluru angin tepat ke hatinya. Karl Syakirin membutang.

Dia tidak percaya.

"jangan kata harga, warna pun saya tahu tau! " 

"kau! " Karl Syakirin mati kata mendengar usikan itu.

"tuan nanti sambung sekarang urgent, bye tuan" Aluna berlari anak menuju bangunan di bahagian sebelah kiri.

Sengaja Aluna Zinnirah sebenarnya ingin lepas dari pembulian bersiri yang di ciptakan oleh atasannya itu.

Karl Syakirin terkedu dengan gadis itu, dia dibuat tidak bersuara dengan gadis yang banyak menjawab itu, diam-diam bibirnya melengkung ke atas.

“tahu ehhh? tak pe lepas ni saiz dia pun kau tahu" Karl tersenyum penuh makna.

Dia melangkah pergi sambil mata masih melihat ke arah bangunan yang dimasuki oleh gadis yang sudah menjadi candunya.

Setibanya dia di dalam pejabatnya, matanya menangkap satu sosok tubuh seorang wanita yang dia kenal dan sangat menyampah sedang duduk disofa sambil menyilangkan kakinya, Hakeem merenungnya tajam lalu menjelingnya.

“eh eh Mamat ni, aku lepuk kang" gumam Karl Syakirin, dia membawa langkah itu menuju biliknya secara senyap tetapi wanita itu sudah menyedari kedatangannya. Dia mengeluh.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now