LKS (18)

16.9K 582 16
                                    

“haaa..... fokus dan alert sasaran baru tembak"  satu suara memberi arahan pada beberapa orang anggota yang sedang berniarap untuk latihan.

“okey, dalam hati count 1 2 3 and shoot! "

Bang!

repeat like before! "

count! "

shoot! "

Bang!

again! "

Bang!

good! "

Karl Syakirin bangun dari duduknya, dia meneliti semua anak buahnya satu-persatu, tidak mahu ada yang tertinggal dalam menjalani latihan itu, kemudian dia terpandang seorang gadis bertudung yang asyik melihat ke arahnya dengan galak sesekali dia tersenyum manis. Karl Syakirin mencebik geli.

“aku dah ada awek tak payah nak mengedik dengan aku, faham! "

“dan satu lagi peringatan untuk semua anggota terutama yang gadis, jangan cuba-cuba mengorat atau kacau suami orang, ini amaran untuk kamu semua! faham? " pekik Karl Syakirin dengan suara garaunya membuatkan semua gerun dengannya.

"faham tuan! " serentak semua menjawab.

Terkejut gadis itu mendengar Karl Syakirin berkata begitu, dia menundukkan kepalanya kerana malu kemudian Karl terus melangkah pergi menuju kawan-kawannya yang lain.

"bapak garang, tahulah hensem janganlah marah macam tu, ish ish ish! Kita tak ada lah sampai nak goda laki orang. " ujar seorang anggota dari kumpulan yang ada di situ.

"aku dengar dia tu memang susah nak tawan, dia tu entah-entah umur dia 30 lebih dah, kau dengar tuan Rayqal cakap apa? dia tu singa jantan yang tak makan saman tau! " mereka mula bergosip.

“semua anggota dia belasah tapi aku dengar ada seorang perempuan ni yang boleh buat dia tunduk dan suka menjawab kalau dia marah, lepastu susah Tuan Karl nak marah dia atau buat dia sakit."

“siapa?" Tanya seorang anggota lain yang khusyuk mendengar cerita dari kawan sepasukannya.

“ada anak buah dia juga, perempuan tu selalu kacau dia, dia rapat dengan budak tu tapi yang aku tahu, awek dia anak sedara PAT weyh, bukan anak buah dia tu! “ beritahu anggota itu.

“gadis itu pun bukan berpangkat tinggi pun just Lans Koperal je"

“ye laa, Lans koperal pun dah dekat dengan Leftenan tu, kau rasa? kita? hurmm... bertuah lah! " pasrah sahaja anggota itu berkata.

"Kan!!" Jawab mereka serentak.

Gadis yang tadi tertunduk hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh kawan sepasukannya, dia tahu dia tidak setanding dengan gadis itu tapi siapa tahu.

cuba je syira mana tahu jodoh kau' gumamnya dalam hati. 

“haaaa.... bergosip apa lagi, blah laa!!! nak biar padang tu kosong je ke? korang perempuan jangan nak manja sangat, semua kena tak payah nak tolak sana tolak sini, gerak!! " jerit Karl Syakirin dari jauh mengejutkan mereka semua.

“tuan!"  Jeritan nyaring yang datang dari jarak yang jauh.

Serentak mereka memandang ke arah suara itu termasuk dengan Karl, beberapa minit terhenti sebelum Karl Syakirin membulatkan matanya menangkap kesan-kesan luka dan lebam pada wajah mungil itu, berlari lelaki itu mendekati gadis yang menatapnya sayu, rambut yang ditiup angin menambahkan kesan kecomelannya.

"Ray, kau ambil alih kejap" arah Karl Syakirin tanpa melihat kawannya yang sedang meneliti Aluna.

“kejap kau tu esok! hampeh! " Rayqal memutarkan matanya ke atas.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now