LKS (29)

15.2K 483 11
                                    

”karina dia......dia hurmmm.....hiks hiks.....!!” tiba-tiba dia menangis menahan sebak.

”kenapa sayang?” tanya Tan Sri Muhyiddin perlahan setelah melihat cucunya seakan menahan tangisan.

”Karina dia atok! Karinaaa, huawaaaaa!!!!” bertambah kuat tangisan yang entah betul atau main-main itu.

”Karinaa....dia dah meninggal!!!!!” Aluna memeluk bantal di dadanya dengan erat, disebalik bantal itu dia mengukirkan senyuman nakal.

”haaa!!!! Kenapa?" Terkejut orang tua itu.

”dia mati sebab makan maggie banyak atok!” makin menjadi-jadi fitnah yang di lakukan oleh Aluna.

”haaaa!!!!! Biar betul!”

”ye, betul atok!”

”tak kan makan maggie banyak terus mati!” Tan Sri Muhyiddin seperti bodoh diperdaya oleh cucunya.

”betul! Dia jatuh longkang lepas makan maggie!” jawab Aluna masih dengan tangisannya.

Tan Sri Muhyiddin memandang pelik pada cucunya, dia seakan tidak percaya kata-kata yang keluar dari mulut mungil itu, dia tahu cucunya suka membuat andaian dan loyar buruk.

”Aluna mainkan atok ehh?” tanya orang tua itu sambil berpeluk tubuh. Bengang!

”ehh, mana ada! Betul lah!” Aluna memandang Tan Sri yang sedang menatapnya geram.

”hehheheh! Okey Okey!” Aluna mengalah kerana kasihan dengan Atoknya yang sudah merah wajahnya.

”Dia meninggal sebab penyakit dia yang Aluna sendiri pun tak tahu!” Mulalah dia mengarang cerita untuk membohongi kewujudan Karina yang sebenarnya.

”penyakit apa?”

”ck! Kan Aluna cakap tak tahu! Ishh atok nie!”

”owh ha'ah lupa! Lepas tu?” tanya Tan Sri Muhyiddin.

”Aluna dapat tahu selepas dia masuk hospital sebab dia pitam dekat tempat kerja dia, hikss hikss!” Aluna memulakan dramanya.

”dia sakit sampai lemah! Lepas tu dia minta balik rumah, seminggu macam tu dia pergi mengadap Ilahi! Aluna pergi rumah dia tengok dia lebah sangat.”

” Innalillahiwainnalillahirajiun!” ucap Tan Sri Muhyiddin kerana percaya.

”tapi sampai sekarang Aluna tak tahu dia sakit apa! Ada kata buasir, ada kata jantung! Ada kata buah pinggang, Aluna pun pening nak fikir mana satu betul!” Aluna memusingkan arah cerita dari kisah 7 hari mencintaimu sehingga menjadi andai itu takdirnya.

”aik buasir pun boleh mati ke? Kalau jantung dengan buah pinggang tu boleh percaya lagi!" Tan Sri Muhyiddin mula menggaru kepalanya kerana pelik.

”itu lah tu!” Semangat Aluna menjawabnya.

”aih, macam-macam hal lah!" Keluh Tan Sri Muhyiddin.

”hihihihi!”

”atok!” panggil Aluna Zinnirah tiba-tiba.

Tan Sri Muhyiddin melihat ke arah Aluna Zinnirah yang juga melihat dalam diri tua itu.

”hurm, kenapa?”

”papa dengan mama tahu?” Tan Sri Muhyiddin hanya memandang sayu cucunya.

”tak!” jawapan ringkas yang meluluhkan hati si anak.

Aluna Zinnirah terdiam dan kaku seketika, walaupun dia membenci dua orang itu tapi dia tetap mengharap papanya datang.

”atok tak bagi tahu diorang yang kamu nak menikah!”

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now