LKS (36)

16.6K 475 5
                                    

Dato'Sri Hishammuddin mengetuk jari-jarinya di atas meja kerjanya kerana gelisah menunggu sesuatu dari seseorang. Kerusi dipusing-pusingkan bagi menghilangkan rasa gelisah itu.

”mana dia ni!" Kerana kesabaran yang tipis Dato' Sri Hishammuddin mengambil telefonnya dan membuat panggilan dengan tergesa-gesa.

”hello! Mana info yang aku suruh kau cari tu?" Marah Dato' Sri Hishammuddin tidak sabar.

”aik! Tak kan tak jumpa lagi? Aku suruh kau cari dia bagi tahu aku nak dia balik jumpa aku je! Tak kan benda tu pun tak boleh buat?" Maki Dato' Sri Hishammuddin.

”aku bayar kau mahal-mahal ini je aku dapat? Aku tak kira macam mana pun cara kau, aku nak dia datang jumpa aku!”

Bip!

Terus dimatikan panggilan itu kerana geram.

”aku suruh cari dan bagitahu je bukan suruh culik pun! Haihhh" keluhan sahaja yang mampu dilepaskan ketika itu.

”Aluna!" Gumam Dato'Sri Hishammuddin lirih.

Ada raut yang sukar di gambarkan, lelaki tua itu meraup wajahnya dengan perlahan kemudian wajah itu diangkat tinggi menatap siling pejabatnya seolah-olah berfikir sesuatu.

Tiba-tiba satu nama meniti di bibirnya yang merekah.

”Alicia" panggilnya perlahan, sangat perlahan sehingga hanya mampu didengar oleh dia sahaja.

”papa!" Tersentak Dato'Sri Hishammuddin apabila anaknya menyerbu masuk tanpa mengetuk pintu.

”Alesya! keep your manners!” marah Dato'Sri Hishammuddin. Terkejut Alesya apabila papanya marah begitu.

”papa! What's wrong with you? Kenapa akhir-akhir ni papa dah lain? Kenapa asyik nak marah Alesya?” marah Alesya, dia seakan sudah menangkap sikap perubahan si papa.

”tak ada apa-apa! Kamu tu! Kenapa sekarang dah kurang ajar dengan papa? Dah tak hormat papa ke?" Tanya Dato'Sri Hishammuddin malas melayan anaknya.

”dulu Alesya tak macam ni pun, selalu tenang je! Sekarang kenapa dah macam kelam kabut je? Semua nak papa buatkan! Semua papa! Papa rimas tahu tak! Papa banyak lagi benda nak buat!”

”pa....papa! Alesya minta maaf!” ujar Alesya setelah mendengar luahan si papa.

”kalau nak dibandingkan kamu dengan Aluna! Sekarang ni tak ada beza pun! Dulu kamu kata dia mengada dan manja! Semua nak orang buatkan! Dan sekarang semua sikap tu ada pada kamu! Mengada dan Manja!" Tegas Dato'Sri Hishammuddin seolah-olah mengutuk anaknya tanpa sedar.

”papa!” Alesya seakan tercabar kerana dituduh begitu.

”why papa cakap macam ni? Alesya anak papa! Dan papa kenalah tolong anak papa! Kenapa papa nak mengeluh pulak?" Tengking Alesya geram, nafas seolah-olah tersekat di kerongkong.

”memang Alesya anak papa tapi tak kan semua papa yang kena buatkan untuk Alesya! Alesya nak kahwin papa yang kena lawan orang tua tu! Alesya tak lulus belajar papa juga yang kena turun tangan bayarkan yuran Alesya kononnya tak nak guna pinjaman PTPTN! Alesya kena tangkap sebab pergi clubbing papa juga yang pergi jamin Alesya!" Marah Dato'Sri Hishammuddin.

Dia telah lelah dengan anaknya yang satu ini, keras kepala dan suka mengarah!.

”Alayna! Duduk luar negara tak pernah susahkan papa! Tak pernah minta papa bukan-bukan! Ni kamu dah besar pun masih papa papa papa!" Tengking Dato'Sri Hishammuddin geram anaknya itu sudah tidak menghormatinya.

”Aluna tu! Tak pernah sikit pun dia minta itu ini pada papa! Semua sendiri!" Dato'Sri Hishammuddin sudah diubun-ubun kemarahan.

”papa kenapa nak ungkit Aluna? Dia tu tak layak laaa!!!" Marah Alesya juga memekik.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now