LKS (38)

15.6K 457 29
                                    

Aluna Zinnirah yang sedang berperang di dapur rumah mertuanya langsung tidak menghiraukan si suami yang sedang berbalah dan di belasah oleh adik bongsunya Kayla Syaheera.

"Ma Chérie! Tengok lah makyeh ni! Dia kacau aku!" Adu Karl Syakirin yang sedang merengek kerana di usik oleh adiknya. Tangan masih menghalang pukulan si adik.

"Ma chérie? Pokok Cherry ke?" Tanya Kayla pelik, dagu di picit-picit memikirkan sesuatu sambil mulut dimuncung kan.

"Kau diam! Kau mana tahu apa-apa!" Jawab Karl Syakirin geram.

"Eleh, angah pun apa kurangnya mereng!"

Tidak akan habis jika dua orang itu bertelingkah, dari melayan dua orang itu lebih baik Aluna fokus pada masakannya.

"Kak Luna buat apa?" Tanya Kayla Syaheera mengintai kakak iparnya yang sedang sibuk memasukkan garam dan serbuk perasa.

"Basuh baju!!" Sampuk Karl Syakirin dari belakang.

"Diam!!!"

"Kay, mari try rasa kuah kari ni!" Ujar Aluna sambil memanggil adik iparnya.

"Meh!" Kayla Syaheera membawa langkahnya mendekati Aluna Zinnirah yang mencedok sedikit kuah untuk diberikan pada Kayla Syaheera.

"Ma Chérie ! Aku nak juga!" Karl Syakirin juga berjalan menuju isterinya, tubuh Kayla di tolak ke tepi.

"Ma Chérie masak apa? Kari ke?" Tanya Karl Syakirin mengintai masakan di dalam periuk.

"Kari ayam untuk cicah dengan roti jala mak Limah biadap!"

Blush!!

Menyembur air liur Kayla Syaheera mendengar nama roti yang disebut kakak iparnya.

"Ro....roti mak Limah biadap? HAHAHAHAHAH! angah!!!" Jerit Kayla Syaheera kuat sambil menepuk-nepuk meja makan melihat abangnya gelak sehingga menekan-nekan perut kerana kejang.

Ketawa tanpa suara membuatkan ruang itu sunyi seketika, sehingga terduduk di lantai kerana geli hati. Hajah Kalsom yang baru masuk ke dapur mengerutkan dahi memandang pelik ke arah anak menantunya.

"Dah kenapa pulak?" Tegurnya membuatkan Aluna memandang hairan kepadanya.

"Entah ibu! Aluna tak tahu!" Ujar Aluna mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"bu....bu....bu.....ro...ti....ja....laaaa.....mak.....li....mah.....!!!" Tersekat-sekat Kayla Syaheera mengatakannya.

"Biadap!!!"

"Biadap!!!" Serentak Kayla Syaheera dan Karl Syakirin mengatakannya.

PAP!

Satu ketukan landing betul-betul diatas kepala lelaki yang sedang bergelak sakan itu.

"Arghh......abahhh!!!!" Karl Syakirin memegang kepalanya yang diketuk sambil menahan sakit dan ketawa.

Kayla Syaheera sudah bernyorok di belakang Aluna Zinnirah yang terkejut apabila suaminya di perlakukan begitu.

"Perangai jenis apa ni? Gelak sampai tak ada suara? Haa?? Dah tu duk kata kat orang biadap kenapa? Aku ada ajar ka?" Tanya Haji Syahir yang berjalan menuju meja makan itu, kerusi di tarik untuk duduk.

"Uuuuuiiiiii....roti jala!! Sedapnya!!" Alih-alih menunggu jawapan anaknya dia memuji masakan menantunya yang terhidang elok.

"Roti jala mak Limah biadap abah!" Terjegil mata orang tua itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak-anaknya.

"Betul abah!!! Aluna yang cakap!" Kayla Syaheera mengangguk tanda setuju dengan tuduhan si abang.

"Aluna?" Haji Syahir memandang pelik menantu yang membuat wajah sekupang.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now