LKS (44)

12.4K 390 11
                                    

"kau nak apa lagi? Haa? Tak cukup menyusahkan hidup orang?" Marah Aluna geram.

"Aluna, abang minta maaf!" Sudah dapat di pastikan bahawa lelaki itu semestinya si Anaqi jantan lato-lato yang suka menyusahkan hidupnya.

"Kau ada buat salah ke? Haaa!!!"

Emosinya sudah terganggu dengan penyondol disiang hari kini diganggu kembali oleh jantan lato-lato.

"Aluna! be patient! I know I Salah! Jangan marah ehh!"

Sudah menyusahkan hidup orang suruh orang bersabar pula. Dasar jantan lato-lato.

"Erghhh, malas aku layan!" Aluna Zinnirah sudah membuka langkah ingin pergi dari situ.

"Aluna! Wait!" Anaqi Redza mengejar langkah wanita yang masih dia fikir seorang gadis itu.

"Nak apa lagi!!!" Jerit Aluna tertahan kerana geram, gigi di ketap rapat.

"Aluna, mana Aluna pergi selama ni? Why tak nak balik rumah? Tak rindu atok ke? Aluna tak nak balik kerja syarikat atok ke?" Tanya Anaqi tidak mengendahkan penolakan dari Aluna.

"Ada aku kisah? Haa!! Suka hati akulah nak balik ke, nak singgah ke, tak nak balik terus ke, suka hati aku lah! Yang kau sibuk sangat kenapa?" Aluna geram dengan jantan lato-lato yang tidak pernah faham apa yang dikatakan.

"Aluna? Mama sakit tau! Mama selalu tanya Aluna tak balik ke?" Luah Anaqi Redza cuba menarik perhatian Aluna tetapi sia-sia kerana wanita itu hanya membuat wajah mengejek.

"Padan muka! Mati terus pun tak apa!" Terus dia melangkah pergi dari situ.

"Arghhhhh, mana kau ni!!! Kenapa call tak dapat ni!???" Karl Syakirin bergumam sambil membebel, dia berjalan menuju kereta miliknya yang terparking elok di hadapan sebuah kedai makan yang selalu menjadi tempat Aluna Zinnirah makan.

Bertambah membara hatinya apabila seseorang yang menegurnya itu tersenyum manis di hadapannya.

"Kirin!" Panggilnya lembut.

"Kau nak apa lagi? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini pulak?" Tanya Karl sudah hilang arah.

"Kirin, sorry ganggu boleh kita makan kejap tak? Maya ada benda nak cakap ni, please!" Pujuk Sumaiyyah Fatimah cuba memujuk lelaki yang sedang kalut dengan telefonnya.

"Aku ada hal ni!" Karl cuba menolak walaupun sebenarnya caranya itu memang jelas terlihat penolakannya.

"Alah, Kirin sekejap je! Please!" Sumaiyyah tidak mahu kalah, kesempatan yang dia ada belum tentu akan datang lagi.

"Sorry Sumaiyyah!" Jawab Karl kasar.

Sumaiyyah Fatimah menundukkan kepalanya tanda terasa dengan lelaki itu, Karl Syakirin yang sedar akan kesilapannya mengeluh perlahan, dia terlalu kasar.

"Okey, kenapa? Aku nak cepat ni!" Tanya Karl Syakirin melembut, dia cuba menenangkan dirinya.

"Kirin dah berubah, Kirin tak macam dulu! Salah ke saya nak bercakap dengan awak?" Tanya Sumaiyyah memandang sayu lelaki yang terkedu di hadapannya.

"Bukan macam tu Maya, Kirin tengah serabut ni, Kirin kena pergi ambil Aluna dekat tempat kerja, Aluna tengah tunggu!" Tipu Karl Syakirin.

Terasa dirinya seperti tidak guna kepada wanita, terutama pada wanita di hadapannya, wanita yang pernah menjadi penghuni hatinya.

Keadaan yang memaksa mereka, kerana rasa marah menguburkan keikhlasannya untuk mencintai kembali orang yang pernah memberinya luka.

Rasa sayang masih ada untuk wanita ini, rasa sakit apabila wanita itu mengeluarkan air mata disebabkan dia, tetapi dia juga tidak bisa mengabaikan tanggungjawab yang dia sendiri pilih untuk masa depannya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now