LKS (47)

12.2K 345 54
                                    

Sumaiyyah Fatimah yang sedang makan di meja makan bersama kakaknya hanya ketawa mengejek kepada lakonan yang dia buat tadi.

"Pandai ehh Maya berlakon! Kalau kantoi lah! Akak tak tahu lah macam mana!" Ujar Aliyah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa.

"Tak ada nya kantoi kalau kita tak bagi tahu dia! Kalau kantoi pun mesti masa tu diorang dah bergaduh teruk!" Ujarnya sambil membetulkan tudungnya.

"Kenapa?" Tanya Aliyah kurang faham.

"Ni!" Sumaiyyah menunjukkan sesuatu pada Kakaknya lalu mereka tersenyum.

"Tapi Maya rasa tak nak tunggu lama-lama nanti Maya pula yang melepas!" Ujarnya sambil berfikir.

"Kenapa? Maya nak buat apa?" Tanya Aliyah sambil merapat pada adiknya.

"Maya nak buat sesuatu!" Ujarnya sambil tersenyum penuh makna.

Dua hari telah berlalu, kini Aluna Zinnirah akhirnya diizinkan pulang, Karl Syakirin orang pertama yang gembira apabila isterinya itu tersenyum sepanjang masa.

"Kita pergi makan Dubuyo nak? Aku belanja!" Ujar Karl Syakirin kepada isterinya.

Hari ini dia mengambil cuti untuk menguruskan isterinya yang telah diizinkan pulang. Aluna mengangguk bahagia.

"Nak!"

"Jom!"

Sedangkan dari kejauhan terlihat Sumaiyyah Fatimah dan Aliyah Nasuha yang menatap sakit hati pada pasangan bahagia itu.

"Tak guna! Patutlah banyak bagi alasan! Rupanya tengah seronok dengan betina tu!" Ujar Sumaiyyah mengenggam erat penumbuknya.

"Maya!" Aliyah Nasuha sedikit terkejut dengan kemarahan adiknya.

"Baik! Kau tunggu!"

"Maya!"

Aliyah Nasuha mengejar adiknya yang tiba-tiba pergi begitu sahaja. Dia tahu adiknya marah tapi tidak biasa adiknya begitu.

"Kau nak apa?" Tanya Karl Syakirin berlagak. Aluna Zinnirah tersenyum penuh makna.

"Nak makan!" Jawab Aluna tersengih.

"Selain makan! Makan tu kau makan lah sampai Meletop! Sekarang ni aku tanya kau nak apa lagi!" Beritahu Karl Syakirin sambil menatap wajah Aluna sedalam mungkin.

"Hurmm.... Nak apa ehh?" Aluna membuat gaya seperti berfikir, matanya naik meneliti setiap kedai yang ada.

Matanya jatuh pada satu kedai yang seolah-olah memanggilnya, kedai yang dipenuhi dengan Intan berlian dan juga emas.

"Nak tu!" Ujar Aluna sambil menunjukkan ke arah kedai itu, Karl menoleh lama menatap kedai itu sebelum menoleh kembali pada isterinya lama.

"Jom!" Terus ditarik tangan si isteri menuju kedai itu.

"Yeay!" Laju juga Aluna Zinnirah mengekori langkah si suami.

"Pilih-pilih!" (Bapak berlagak Siot).

"Saya nak ni! Nak ni! Nak ni! And ni!" Tanpa berfikir panjang Aluna terus memilih set serba satu perhiasan berbatu kan berlian Zamrud.

"Nak ni?" Tanya Karl mendekati isterinya yang sedang memegang satu rantai putih berbatu hijau itu.

"Ye!" Jawab Aluna yakin.

"Kenapa nak ni?" Karl membelek-belek rantai itu.

"Sebab dia hijau Zamrud macam beret Mon Chérie !" Lantang Aluna berkata.

"But I like this one!" Karl Syakirin menunjukkan jarinya pada satu set perhiasan serba satu berbingkai ala-ala emas klasik berbatu hijau Zamrud.

"Why?" Aluna memalingkan kepalanya seperti adegan 'biasa? Maksudnya?'

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now