LKS (51)

12.8K 373 36
                                    

Sumaiyyah Fatimah yang sedang duduk dihadapan meja soleknya, tersenyum bahagia walaupun kesan tamparan di pipinya jelas terlihat.

Ayahnya tidak terima dengan apa yang dia lakukan tetapi terpaksa akur kerana keterlanjuran dia dengan lelaki yang dia cintai, itu cukup membuatkan dia bahagia.

"Sekarang awak saya punya!" Ujarnya bahagia yang luar biasa. Senyuman yang terukir menunjukkan hatinya sedang bahagia.

Tidak sia-sia dia memerangkap lelaki itu hati itu, sengaja dia menyuruh kakaknya memberikan air yang berisi Ubat tidur untuk menjalankan rancangannya.

"Akhirnya aku dapat singkirkan pisau cukur yang ambil semua harta aku tu! Harta Kirin harta aku!! Hahahahah!!" Ketawanya mengejek.

"Tapi kenapa awak tak datang lagi pinang saya?"

"Kan ayah dah hubungi keluarga awak?"

Sumaiyyah berdialog dengan dirinya sendiri, hatinya gusar namun cuba ditenangkan.

"Mungkin esok kot!"

Tiba-tiba sedang berdialog kedengaran kakaknya memanggilnya dari luar, dia bangun lalu berjalan menuju pintu.

"Maya!!" Panggil Aliyah Nasuha seronok.

"Kenapa kak?"

"Kirin dah datang!"

"Haaa? Series lah akak?" Tanya Sumaiyyah tidak percaya, hatinya berlonjak gembira.

"Cepat! Siap-siap lepas tu keluar ke depan!" Sumaiyyah terus masuk lalu mempersiapkan diri.

Setengah jam kemudian dia keluar bersama satu senyuman yang ceria, lalu menyalami tangan Hajah Kalsom dan Kayla Syaheera yang sedang menunggu kedatangannya. Kayla hanya menatap santai perempuan yang pernah hancurkan hidup abang keduanya.

Selesai bersalaman dia duduk bersebelahan dengan Puan Fatihah yang juga tersenyum ramah, Hajah Kalsom hanya diam. Matanya mencari kelibat lelaki yang dia rindui, terlihat lelaki itu duduk bersebelahan dengan ayahnya sambil menunduk, wajahnya tidak ceria.

"Baiklah, semua dah ada dekat sini kita mulakan je lah ye!" Haji Syahir cuba mengawal perasaannya sebaik mungkin, berat hatinya jika tidak mengenangkan permintaan orang tua itu.

"Berkenaan dengan kes tangkap khalwat anak aku dengan anak kau! Aku dengan bini aku dan juga anak aku Karl Syakirin mengambil keputusan untuk menyatukan mereka berdua untuk mencegah maksiat ke depan hari." Air liur ditelan pahit.

"Dan kami disini juga nak berbincang tarikh untuk dijadikan tarikh nikah mereka!"

Semua terdiam seketika entah mencari tarikh atau gugup.

"Baiklah kalau macam tu! Aku nak tiga puluh ribu hantaran anak aku! Mas kahwin dua ribu berserta serba satu perhiasan!" Usul Encik Mustafa tidak bersalah, Karl Syakirin sudah mengenggamkan tangannya kerana marah.

"Karl?" Haji Syahir bertanya pada anaknya yang sudah dikuasai oleh emosi.

"Hurmm! Baik!" Ujarnya cuba bertenang.

"Tetapi mereka hanya berkahwin di pejabat agama!"

"Kau ingat anak aku apa? Malu aku kalau anak kahwin dekat pejabat agama! Kenduri apa pun tak ada!" Bantah Encik Mustafa tidak terima usulan itu.

"Tetapi mereka dikehendaki bernikah di pejabat agama atas tuduhan khalwat! ingat tu Mustafa!" Tegas Haji Syahir berkata.

"Tapi aku....."

"Ayah! Tak apa! Nikah je dekat pejabat agama! Maya tak kisah! Jangan bebankan Kirin!" Sayu sahaja suara Sumaiyyah berkata ingin mencari perhatian.

"Baik! Anak aku dah setuju! Kita buat dekat pejabat agama!" Akhirnya dia mengalah kerana anaknya sudah masuk campur.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now