LKS (54)

12.4K 387 18
                                    

Sumaiyyah Fatimah berjalan laju menuju rumah yang selama ini dia tinggal di Seremban sebelum bernikah dengan Karl Syakirin. Wajah tidak puas hati di pasangkan.

"Mana awak ni!!!" Gumamnya sambil menekan tombol lift naik ke tingkat atas.

Telefon di tangan masih cuba mendail nombor suaminya yang langsung tidak berjawab itu. Pintu lift terbuka, matanya menangkap pintu besi rumahnya terbuka membuatkan dia gembira.

"Dia datang sini ke?"

"Mesti awak kan?" Ujarnya sambil berjalan laju dengan bangga.

Sesampainya dia di hadapan pintu dengan tanpa rasa bersalah dia masuk namun, terkejut apabila melihat bukan suaminya di situ melainkan lelaki yang berlagak ketika itu.

Hakeem Sufian!

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Sumaiyyah Fatimah lantang tidak peduli beberapa orang yang sedang memunggah barang-barang yang ada.

"Buat apa? Pindah barang!" Jawabnya santai. Telefon di tangan diletakkan di atas meja.

"Eh, kenapa nak pindah barang pula? Ni bukan rumah kau! Ni rumah suami aku! Jangan nak buat sesuka hati kau ehh! Aku report polis nanti!" Balasnya sedikit kalut namun masih tenang.

"Suami kau? Siapa?" Tanya Hakeem bersandar pada sofa yang ada, tangan menampung belakang kepala.

"Suami aku lah! Syakirin!" Jawabnya tanpa bersalah.

"Syakirin? Kau isteri dia? Owh, bukan isteri dia Aluna ke? " Bidas Hakeem sengaja membalas sakit hati kawannya yang sudah menderita kerana dia.

"Kau!! Kau tunggu! Aku mengadu dekat suami aku! Cakap kau rompak barang dia! Kau nak jual barang dia dalam rumah aku ni!" Ugut Sumaiyyah Fatimah mengeluarkan telefonnya.

"Bhuahahhahahha! Dia angkat ke? Bukan dia block kau ke? Opss!! Sorry terlepas pula!" Ejek Hakeem menekup mulutnya sambil tersenyum puas.

Sumaiyyah Fatimah tercenggang, rasa marah dan malu menyerbu naik ke muka, rasa seperti ingin berlari sahaja dari situ.

'patut aku tak dapat call dia! Dia blok aku rupanya! Sial punya jantan! Kau tunggu!'

"Dan, satu lagi! Karl tak bagi tahu kau ehh? Sebelum dia bawa kau masuk rumah ni?" Hakeem membetulkan duduknya semula.

"Yang rumah ni rumah aku!"

Sekali lagi pisau belati tepat ke dada kirinya, membunuh jasadnya tanpa dapat dielakkan, wajah memucat seketika.

"Tak mungkin! Ni rumah Kirin kan?" Tanya dia hilang kata-kata, mata memandang semua orang disitu.

"Dia tak mungkin biarkan aku merempat! Dia sayang aku!" Jerit Sumaiyyah kuat, bergema tempat itu.

"Mungkin! Ni rumah aku! Karl mana ada rumah dekat sini! Ada pun rumah dia semua dekat keyel! Tu pun semua atas nama isteri dia Aluna!" Sengaja dia menekankan kata-kata itu untuk memberi pelajaran pada penyondol.

"Eh, Ada......ada satu rumah dia! Dekat kem Rasah! Eh, bukan dalam kem luar Kem! Rumah banglo dua tingkat tu! Tapi tu rumah dia dengan isteri dia juga! Rumah yang dibina sebelum pernikahan mereka dan di jadikan hadiah pada isterinya!" Hakeem menguji kesabaran wanita yang sudah merah padam wajahnya.

"Tapi setahu aku memang semua harta dia dah di faraid kan untuk keluarga dia dan yang terbaru isteri dia 50%! Sayang sungguh dia pada isteri dia kan? Sampai dia langsung tak ada apa-apa! Kereta, rumah, duit! Semua isteri dia punya! Wah!! Hebat!!" Semakin rancak berdosah Hakeem mengenakan wanita yang sudah mengenggam erat penumbuknya.

"Wow wow....jangan marah, aku cakap je! Haa, so aku minta maaf lah ehh, aku nak tukar dekorasi rumah ni sebab nanti aku kahwin, aku nak duduk sini dengan bini aku! So, aku kena bersihkan semua bekas kau!"

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now