LKS (60)

14.4K 359 14
                                    

"awak!" Panggil Sumaiyyah Fatimah bangun dari duduknya lalu mengejar Karl Syakirin yang terus melangkah tanpa henti.

Mereka berhenti di hadapan tandas yang berada di tingkat itu, menunggu dan menunggu, telefon ditangan terus mendail nombor buah hatinya. Tiada jawapan. Hatinya gelisah.

"Maya, kau masuk tengok Aluna ada tak dekat dalam?" Arah Karl Syakirin mula risau akan wanita itu.

"Ala...tak nak laa!! Busuk! Biar lah dia! Nanti dia keluar lah tu!" Tolak Sumaiyyah Fatimah sambil tangannya membuat gaya busuk.

"Maya!!!" Ingin Karl Syakirin menjerkah wanita itu tetapi tiba-tiba matanya menangkap satu sosok dari satu celahan sedang di kerumuni orang ramai sambil senyum terpaksa dia menikmati gula-gula kapas di tangannya.

Kaki itu berlari anak mendekati tubuh yang sedang bercakap dengan seseorang sambil memakan gula-gula kapas itu.

"Ma Chérie !"

Aluna Zinnirah memandang sekilas pandang lalu kembali melihat seseorang yang dihormati di hadapannya. Karl Syakirin memilih untuk diam, lawannya bukan orang biasa, bukan takut tapi dia menghormati.

"Ni, dah makan ke?" Tanya seseorang yang tak lain adalah 'crush' nya si Tengku Mahkota Pahang itu.

"Errrr....dah!" Jawab Aluna Zinnirah berbohong.

"Nama apa?" Tanya Tengku mahkota itu.

"Aluna Zinnirah!" Jawab Aluna perlahan.

"Zinnirah? Hurmm....srikandi Islam!" Tuturnya sedikit tertawa.

'macam pernah dengar nama ni!' fikir Tengku Mahkota Pahang itu cuba mengingati tetapi memilih untuk tidak terus berfikir.

"Ni, sorang-sorang ke? Mana mak ayah awak?" Tanya Tengku Hassanal cuba menceriakan nya yang terlihat seperti dalam kesedihan.

"Kenapa mak ayah awak tinggal awak sendiri ni? Umur berapa?" Tanya lelaki itu bersahaja.

"Saya dua puluh satu tahun!" Jawab Aluna masih menunduk menghabiskan makanannya.

"Haaa!!!" Tengku Fahad yang berada di sebelah juga terkejut besar.

"Dua puluh satu? Kecilnya!" Jerit lelaki itu tidak percaya, lelaki itu melihatnya yang sememangnya kecil sebelum memanggil Tengku Ahmad yang sibuk melayan peminatnya.

"Ahmad! Umur dia sama kau!" Bagitahu Tengku Fahad membuatkan putera Pahang itu terkejut lalu melihat Aluna Zinnirah yang memandangnya sekilas.

"Uishh, biar betik! Series la umur awak dua puluh satu?" Makin menjadi-jadi kejutan mereka.

"Dah tu kenapa macam sedih je ni?" Tegur Tengku Mahkota Pahang yang tergelak melihat adiknya terkejut.

"Tak laa!! Mana ada saya sedih! Saya sebak je!" Ujar Aluna cuba menahan rasa sebak di dada.

Terus Tengku Mahkota Pahang melihatnya yang tertunduk, kerana faham lelaki itu memberikan satu coklat Cadbury kecil yang ada di dalam poket baju kemejanya lalu diberikan pada Aluna.

"Jangan sedih ye! Ni makan coklat ni! Makan coklat boleh bahagiakan hati kita!" Pujuk lelaki itu tidak peduli dengan mata-mata dan kamera yang sedang merakam perbuatannya.

"Terima kasih, saya pergi dulu ye! Assalamualaikum!" Terus Aluna Zinnirah bangun lalu memberi hormat junjung kasih kepada putera-putera yang juga tersenyum padanya.

Tengku Mahkota itu menatap sahaja pemergiannya sambil melayan peminatnya yang ingin bergambar.

"Sabor sabor!" Sengaja dia mengalihkan perhatian dengan bergurau dengan mereka.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now