RyeoInayla present
Started : 17/5/2023
Assalamualaikum semua, diharapkan cerita pertama ini mampu memikat hati para pembaca. 💕Dan kalau sudi nak minta tolong untuk sharekan cerita ini. 🌷
+++
Tepat pukul enam pagi. Aku ikut umi. Membantu membakar kek dan hiaskan kek dengan whipping cream. Menjadi rutin harianku. Sejak aku habis menuntut ilmu di alma mater. Membantu apa yang patut dan kenalkan kek 'baru' pada pelanggan.
"Jelita, hang siap belum buat kek bento tu?"
"Dah siap. Awat? Ada order baru masuk ke?" Kek bento dimasukkan ke dalam kotak sebelum ditutup rapat. Selalunya tatkala aku selesai membakar kek.
Memang akan masuk pesanan baru. Dia macam, sengaja tak nak bagi aku rehat. Tapi dah orang tempah. Takkan aku nak tolak pula? Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Klishe ayat aku tapi itulah kebenarannya.
Tambahan lagi, sejak aku kenalkan kek bento custom. Semakin ramai pelanggan, nak tempah kek bento di kedai kek Umi.
"Ha ahh. Datin Marissa order kek custom untuk anak dia. Tapi size besarlah. Sempena hari jadi anak Datin tu."
Datin Marissa?
Aku dah senyum sampai ke telinga. Datin Marissa. Pelanggan tetap yang selalu mendapat hatiku. Dia kalau tempah kek. Selalu bayar lebih. Orang dia pemurah. Nasib anak sulung dia dah lama bertunang. Kalau tidak dah lama aku masuk line!
"Datin Marissa nak suruh hias macam mana?"
"Nampak macam susah. Hang boleh ke hias macam ni?" Soal umi sambil menunjukkan gambar kek yang mempunyai hiasan whipping cream dan sprinkle warna-warni di atasnya.
"Oh yang ini style vintage umi. Boleh ni Jelita buat!"
"Apa? 'Vinace'?"
"Vintage umi! Vintage!"
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...