13

898 29 3
                                    

Kerana semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerana semalam. Aku tak dapat tidur dengan lena. Kayyis yang sedap melantak roti canai dan kuah kari di atas meja. Aku pandang dengan wajah yang agak sebal.

Aku bukan main macam cacing kepanasan semalam. Sedangkan dia, bukan main relaks melantak sarapan pagi!

Nak dihairankan apa Jelita? Lupakah kau bahawa lelaki di hadapan kau adalah kasanova kelas atas?

Apalah sangat setakat cium ubun-ubun. Tak luak agaknya. Entah-entah ada yang lebih advance yang pernah dia buat. Wallahualam!

"Makan, puteri cengeng."

Pedas kata-kata yang terbit dari celahan bibirnya.

"Siapa puteri cengeng?!"

"Ada ke perempuan lain dalam rumah ni?"

"Tu nampak tak tu?"

Aku tunjukkan kak Lily dekat Kayyis. Sesaat Kayyis memandang ke arah kak Lily sebelum dia kembali alihkan perhatiannya kepadaku.

"Lipas? Awak panggil perempuan? Otak tu dah tak kenal ke, yang mana perempuan yang mana betina?"

"Diamlah! Dengan awak tak boleh skema memanjang!"

Kayyis ketawa.

"Sedar juga yang awak tu skema."

"Hey! Awak tu pula lelaki jahat! Kasanova! Gila! Miang keladi!"

"Tak ada laki yang tak miang keladi, princess. Kalau ada tu songsanglah namanya."

Aku mencebik geram. Ada saja alasan dia! Tiba-tiba terasa perutku berkeroncong. Darah menyerbu ke muka. Aku pandang Kayyis. Dia hanya memberikan bahasa isyarat supaya aku menjamu selera.

Namun aku tetap kekalkan pendirianku. Tak nak makan! Sebab aku masih berangin tentang kamera semalam!

"Sampai bila awak nak biarkan perut tu kosong? Perut awak asyik berbunyi dari tadi."

"Biarlah, perut saya bukan perut awak!"

Kayyis hela nafas lantas cawan kopinya diletakkan semula di atas meja. Iris matanya bertemu dengan anak mataku.

"Saya tahu banyak awak tak puas hati dengan saya. Dalam mata awak pun, banyak sumpah seranah yang awak tahan dari hamburkan dekat saya. Tapi buat masa ini lebih baik awak isi dulu perut awak. Saya janji lepas kita habis makan. Saya akan dengar segala luahan dan sindiran awak okey?"

Tegak terus tubuh badanku.

"Are you sure?"

"You can punch my stomach if I lie," bersahaja Kayyis menjawab. Tapi kata-katanya mampu tarik minat aku.

"Kalau saya minta berapa pun awak tak kisah?" soalku, cuba mencari peluang untuk aku gunakan dalam permainan balas dendamku.

Kayyis kecilkan mata. Mungkin dapat menghidu sesuatu. Beberapa saat dia tersenyum. Senyuman yang bagaikan berminat untuk bermain di dalam permainanku.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now