Hari cuti. Sepatutnya menjadi hari di mana aku akan berehat. Tidur di atas katil sambil bermimpikan putera kayangan dari kerajaan pasir berdengung. Tapi semua itu hanyalah angan-anganku sahaja apabila hari ini. Aku terpaksa bersusah-payah bersiap awal dan menjadi pengintip pada suamiku.
"Ray-ban clear! Baju clear! Handbag clear! Make-up, clear! Okey set!"
Sepantas kilat aku berlari anak ke arah Baby Karrieku. Tidak mahu meninggalkan jejak Kayyis yang baru sahaja berangkat dengan kereta hitamnya. Beberapa minit memandu, dua ulas bibirku menguntum senyum tika melihat sebuah kereta hitam di lampu isyarat.
Kereta Kayyis!
Aku memandu keretaku berjauhan sedikit dari keretanya. Hanya selang dua buah kereta dek aku tidak mahu Kayyis sedar akan kehadiranku.
Dalam satu jam memandu. Kereta hitam Kayyis berhenti di hadapan sebuah bangunan. Tika itu hujan renyai-renyai sudah membasahi bumi Shah Alam. Aku menyeluk totebag lantas mengeluarkan kamera Instax Mini 12.
Beberapa keping gambar ditangkap. Bermula dari bangunan putih, beberapa deretan kedai dan juga signboard.
Sengaja aku mengambil beberapa keping gambar polaroid. Mudah untuk aku mencari petunjuk dan datang lagi ke sini.
Beberapa minit menunggu di dalam kereta. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki menapak ke arah Kayyis dengan sekaki payung. Kayyis berbual sekejap dengan lelaki itu sebelum mereka berdua menapak masuk ke dalam bangunan putih itu.
Senyap-senyap aku berhentikan keretaku di luar bangunan. Sengaja aku parkir jauh-jauh dari bangunan putih itu. Kadang-kadang rasa risau juga. Jika Kayyis sedar bahawa aku sedang mengintipnya.
Setelah puas dengan penampilanku. Aku segera keluar dari kereta. Kemudian aku menapak masuk ke dalam bangunan putih itu.
Niatku ingin mencari Kayyis di dalam bangunan dua tingkat itu. Tapi baru sahaja kakiku menjejak lantai marmar. Aku terpana dengan beberapa photoshoot di tingkat satu. Seorang perempuan berambut perang kelihatan sedang berposing bersama dengan minyak wangi berbentuk petak segi kecil.
Berkeyakinan dan sangat menggoda.
Selepas itu aku menoleh ke arah photoshoot berhijab pula. Di situ terdapat seorang wanita bertudung sedang duduk di atas kerusi lipat. Seorang jurumekap lelaki kelihatan sedang mengoleskan lipmatte di dua ulas bibir wanita itu.
"Asal, lambat sangat? Si Hana tu? Kau betul-betul confirm ke budak baru tu dalam perjalanan?" Jurukamera menjerit ke arah seorang staff yang menundukkan kepalanya beberapa kali, tanda memohon maaf.
"Saya dah call nombor dia. Tapi dia tak angkat pula tuan."
"Aku tak nak dengar apa-apa alasan! Yang aku tahu dalam tiga puluh minit dia dah ada dekat sini!"
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...