Seperti beberapa hari yang lalu. Pagi-pagi aku akan dibawa ke tandas, dipaksa makan makanan bergizi lalu dimasukkan semula ke dalam sel. Sama juga dengan beberapa tawanan yang lain. Mereka akan dipaksa mandi dan makan sebelum dibiarkan berkurung di dalam sel.
Walaupun penjaga di tingkat aku sudah ditukar. Tapi si Kayyis memang tak makan saman! Dia langsung tak bagi muka dengan aku! Perangai kerek dan suka mengambil kesempatan, buat aku semakin sakit hati dan berharap agar Haikal sahaja yang bertugas menjaga aku disini! Setidak-tidaknya si Haikal sakitkan hati aku dengan mulut pedas tak guna dia!
Buat seketika aku betulkan posisi dudukku lalu menjeling sel di hadapanku. Kelihatan susuk tubuh Alif terkebil-kebil memandang aku. Aku meneliti Alif. Dari pipinya yang membengkak dan juga tubuh kecilnya yang mempunyai parut. Aku ketap bibir, mula jatuh kasihan dengannya.
Dia masih lagi kecil tapi sudah diculik dan dibawa ke sini. Sangat malang untuk usianya.
"Nama adik Alif kan? Nama kakak Jelita." Aku cuba bergaul mesra. Rasa tak tenteram melihat wajah basah Alif yang basah dengan air mata. Pasti dia ketakutan sekarang.
"Asal nama kakak Jelita?"
Berkelip-kelip anak mataku melihat Alif. "Adik rasa?"
Alif pandang aku lama. Pandangan dari mata beningnya membuatkan aku termalu sendiri. Haish janganlah dia balas pelik-pelik! Jatuh saham aku nanti!
"Sebab akak cantik?"
Aku senyum segaris. "Akak cantik ke?" aku angkat kening. Nak tahu juga apa yang budak tu fikir. Selalunya budak tak menipu.
"Bolehlah."
Cis!
"Akak duduk dekat mana?"
Aku senyum tipis. "Kakak duduk dekat Selangor."
Wajah Alif bercahaya sedikit. Bibirnya tersenyum. "Dekat situ ada Sunway Lagoon kan? Ibu adik banyak kali cakap nak bawa adik pergi sana."
"Yup, betullah Sunway Lagoon. Dekat sana pun ada I-City. Adik boleh tengok salji."
"Serius?! Ada salji?"
Alif kerdipkan matanya. "Tapi salji tipu ja. Alif tinggal dekat mana?" ujarku berserta senyuman.
"Peyak!"
Aku telan sedikit air liurku. Perak? Bukan Kuala Lumpur? Jadi... kalau Perak. Adakah itu bermaksud Alif diculik dekat sana? Tapi kalau betul...
Di manakah kami berada sekarang?
Aku buntu.
Aku terjaga dari lena apabila telingaku menangkap bunyi mangga dibuka. Aku mendongak dan memerhati Haikal yang mencampakkan sebuah kotak di hadapanku. Aku telan liur lantas berundur beberapa tapak. Sempat mataku mencerlung tajam ke arahnya. Amaran supaya jangan mendekat.
"Pakai dress dalam tu atau aku akan apa-apakan budak tu." Haikal menuding jari ke arah Alif yang masih terlena di hadapan pintu selku. Baru beberapa minit dia tertidur. Selepas mendengar ceritaku. Budak-budak memang cepat layu kalau buka cerita panjang.
"Jangan berani kau nak sentuh dia!"
"Kalau kau tak nak aku sentuh budak tu. Ikut arahan aku." Sindir Haikal sambil menendang kotak tersebut ke arahku.
Dalam beberapa minit aku bersiap. Haikal kembali lalu membawa aku berjalan di koridor sel. Beberapa tawanan sel kelihatan memerhati aku dari dalam sel mereka. Semuanya bagaikan mayat hidup. Tiada kudrat untuk membentak lagi.
"Lambatlah kau Haikal! Lagi lima belas minit. Klien kita nak datang tahu!" Seorang lelaki menjeling Haikal tajam. Di belakangnya susuk tubuh tegap Kayyis kelihatan memerhati aku dalam diam. Kekok dengan panahan matanya. Aku terus tarik dress merahku ke bawah. Tidak mahu matanya menjelajah pehaku yang terdedah. Sumpah aku memang tak selesa dengan pakaian ini! Aku perempuan bertudung bukan perempuan lorong!
"Releks lah tak lari pun si Lion tu!"
Haikal menolak aku ke sebuah bilik yang memuatkan beberapa orang perempuan. Aku memerhati semua yang sudah dihias cantik itu. Kalau tak salah semuanya mangsa culik dek tali masih diikat di tangan mereka.
"Golden blood?" Soal lelaki Thailand kepada Haikal. Usai mendapat persetujuan. Lelaki Thailand itu pantas mengoleskan foundation di wajahku. Bibirku yang kering, dilap dan dioleskan dengan gincu merah. Kemudian, kepalaku dihias pula dengan tiara yang bertatahkan berlian.
Usai aku dan beberapa perempuan siap didandan. Kami dibawa turun hingga ke tingkat bawah. Mata kami ditutup dengan sehelai kain. Tidak pasti di mana lokasi kami. Tapi aku tahu kami masih lagi berada di bangunan yang sama.
Beberapa saat aku didudukkan. Dan buat seketika pintu dikunci sebelum telingaku menangkap bunyi tangisan beberapa wanita.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...