9

862 25 0
                                    

Menggeletar lututku tatkala kaki menjejak halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Menggeletar lututku tatkala kaki menjejak halaman rumah. Terfikir bagaimana aku mahu menghadap wajah terkilan umi selepas mendengar insiden aku dan Kayyis beberapa hari lepas.

Semalam, aku langsung tidak membuat panggilan pada umi. Malah mesej pun aku biarkan sepi. Takut untuk menghadap kemarahan dan rasa kecewa umi nanti.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Buat seketika aku menjeling jam tangan. Sudah pukul tujuh lebih. Selalunya pada waktu ini, memang umi akan siapkan malam malam.

Kalau bukan nasi. Pasti pisang goreng.

"Ya Allah. Kau lembutkanlah hati umi," pohonku sambil meletakkan beberapa beg di lantai.

"Assalamualaikum."

Aku menanti penuh sabar. Dalam beberapa detik. Pintu grill dibuka. Serentak itu nafas terasa tersekat tatkala wajah ceria umi menyapa mata.

"Waalaikumussalam. Lah hang ke kak! Awat tak cakap hang balik hari ni?!"

Aku berkerut. Kenapa umi nampak ceria semacam? Kalau tak salah lelaki berserban tempoh hari ada buat panggilan dekat umikan?

"Kenapa muka hang macam baru jumpa hantu ni? Pucat semacam."

"Umi. Akak..."

"Masuklah dulu. Umi taulah hang tak jumpa abang hang. Tapi tak payahlah pandang aku macam aku ni cikgu disiplin hang pula."

Aku senyum kelat lantas membawa beg masuk ke dalam. Jejak saja kaki di ruang tamu. Hidungku menangkap bau pisang goreng di dapur. Serentak itu perutku terasa memulas.

Baru teringat bahawa aku langsung tidak menjamah sebarang makanan. Selepas Kayyis menghantarku ke Sungai Buloh. Aku banyak habiskan masa termenung dan solat di dalam ETS. Tak ada langsung niat untuk mengisi perut yang kosong.

Aku menjengah umi di dapur. Kelihatan umi sedang sibuk memasak pisang goreng di dalam kuali. Baru saja mahu 'menyibuk'. Umi menolakku ke tepi.

"Hang pi mandi dulu. Nanti mai makan."

Akur akan arahan umi. Aku terus menapak masuk ke dalam bilik. Buka tudung dan rebahkan tubuh di atas katil. Sesekali kepala mencongak apa yang berlaku. Dari wajah ceria umi. Aku tak rasa umi tahu tentang kes khalwat yang terjadi. Kalau tidak. Umi tak akan seceria itu untuk sambut aku pulang.

"Umi tak tahu lagi ke?"

Lama berfikir. Akhirnya aku bangun, capai sehelai tuala dan masuk ke dalam tandas. Selesai saja mandi. Aku sarungkan pijama Hello Kitty dan sarungkan kain telekung. Kemudian aku keringkan rambut. Capai toner Laneige dan sapukan ke seluruh muka.

Selesai dengan rutin penjagaan muka. Aku ambil tempat di kerusi dapur. Perut berkeroncong tapi selera terasa mati. Nak menipu. Aku tak nak umi fikir bukan-bukan. Jadi aku keluar juga ke dapur.

Sementara menanti umi selesai bersolat. Aku membuka siaran televisyen. Menonton berita terkini. Sambil menuangkan teh panas. Beberapa minit menunggu, umi akhirnya muncul lalu melabuhkan punggung di hadapan aku. Memang menjadi rutin kami, makan bersama sambil 'membawang' di meja makan. Kalau ada Humaira, lagi riuh meja makan itu dengan mulut becoknya.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now