4

1K 27 1
                                    

Dalam pukul lapan pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam pukul lapan pagi. Aku sudah terpacak di hadapan lobby hostel Darlia. Dengar dari mulut Emran semalam. Dia nak bawa aku ke Wilayah Persekutuan. Mahu pekena roti canai viral dekat sana.

Dah orang nak belanja. Aku ikutkan sahaja. Hati lapang perut pun kenyang!

Namun dalam empat puluh minit menunggu. Emran masih tak muncul-muncul. Aku mula tak senang duduk. Dari tadi asyik belek jam tangan. Takkan aku kena game kot?

Baru saja mahu berlalu. Susuk tubuh Emran tiba-tiba muncul di sebalik pintu dapur. Dia mengenakan baju biru dan seluar jeans. Dia kelihatan serba salah apabila aku menghadiahkan dia renungan maut.

"Sorry! I'm late!"

"Tak apa. Dah biasa. Orang Malaysia ni memang suka janji melayu," bidasku sementara Emran ketawa.

Emran menggamit aku ke tempat parkir kereta. Beberapa langkah, aku terpempan.

Kereta BMW?! Buntang anak mataku melihat Emran membuka pintu kereta lalu menghidupkan enjin. Wah anak orang kaya rupanya. Tapi kalau anak orang kaya. Kenapa dia menginap di hostel murah? Tertanya-tanya aku dalam hati. Tapi nak bertanya, rasa terlampau privasi pula.

"Jelita, awak tak kisahkan? Kita sarapan dekat mana-mana?"

Aku berpaling lantas mengangguk.

"Tak kisah janji awak bayar."

"Good! Kalau macam tu, kita pergi sarapan dulu. Lepas tu kita round satu Kuala Lumpur. Sebagai permohonan minta maaf saya kepada awak."

"Sounds good!" aku tarik senyum sambil menutup pintu kereta. Raut wajah masih cuba dikawal. Tak nak nampak takjub sangat. Nanti Emran fikir apa pula nanti.

Dalam beberapa minit Emran memandu. Kami akhirnya sampai di gerai roti canai viral. Aku dan Emran mengambil tempat duduk di tempat kosong. Lantas memesan empat roti canai dan dua kopi O memandangkan suasana gerai boleh dikatakan agak sibuk tika ini.

"Pagi tadi okey tak? Awak ada kena ganggu dengan sesiapa tak masa keluar bilik?"

"Tak pun. Saya bangun awal. Hanya semata-mata tak nak berselisih dengan sesiapa tahu? Nasib masa mandi tak ada sesiapa yang masuk tandas."

Emran pamer senyum.

"Baguslah kalau macam tu. Penghuni dalam hostel tu kebanyakan dari oversea. Nak bangun awal memang tak lah jawabnya. Jadi kalau anak dara macam awak nak mandi. Baik kalau pergi tandas hostel tu awal-awal pagi."

"Hmm kena tahan beberapa hari lah," aku mengeluh. Sementelah Emran mengangkat kening.

"Kalau awak percayakan saya. Saya boleh ja bantu awak."

"Awak memang baik tapi saya takut kita berdua kena tangkap khalwat nanti. So a big no!"

Emran memuncungkan bibirnya.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now