22

649 21 1
                                    

Aroma kopi dan roti melayang memenuhi ruangan bakeri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aroma kopi dan roti melayang memenuhi ruangan bakeri. Beberapa celoteh dan gelak tawa sayup-sayup menyapa halwa telinga. Aku bersenandung seraya mencapai beberapa biji cawan kotor di atas meja.

Bibir tersenyum-senyum tika kornea mata berlaga pada beberapa pelanggan yang baru sahaja bertandang. Zara yang berkejar-kejaran menghantar makanan dan minuman. Berkerut hairan melihat gelagatku.

Pelik mungkin kerana hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling malang untuk semua pekerja. Dek Encik Faizal tiba-tiba sahaja diserang demam panas. Disebabkan itu sejak dari tadi. Kami bertiga kelam-kabut menguruskan bakeri Encik Faizal.

Bakar kek dan roti. Kemudian mengambil pesanan dan membancuhkan minuman. Nukail pula kami arahkan dia untuk bertugas di kaunter. Memandangkan dia pernah bekerja di kaunter beberapa hari yang lalu.

"Kau nampak happy-go-lucky semacam hari ni. Ada apa-apa yang special ke?" tanya Zara berbasa-basi tatkala aku meletakkan beberapa biji cawan kotor ke dalam sinki.

"Tak ada apa-apa."

Zara pamer senyum mengusik.

"Eleh tak ada apa-apa konon! Pelik sangat kalau tak ada apa-apa. Sudahlah semalam ada berita tentang kes rusuhan dekat Korea sana. Pelaku tikam mangsa secara random. Lepas tu baru tadi aku dengar ada kes pembunuhan dan ajaran sesat dekat Malaysia pula. Seram... tapi lagi seram! Bila tengok kau happy semacam!"

"Aku cuci meja dulu Zara. Pelanggan lelaki tu dah keluar."

Sepantas kilat aku berlalu ke meja. Kurang betah untuk memulakan langkah. Rasa segan jika berlaku jujur dengan Zara. Takkan nak cakap hari ni hari jadi aku pula. Jadi pekerja haruslah profesional.

"Pelik? Takkan pelanggan tadi tak makan kek dia?"

Terpinga-pinga aku melihat sepotong kek yang masih tak terusik di atas meja. Di hadapan potongan kek itu. Terdapat secawan latte yang sedikit tersisa di atas meja.

"Kenapa?"

Zara muncul di belakangku sambil menatang dulang. Berlapis kerutan di dahinya melihat wajah keruhku.

"Pelanggan lelaki tadi. Dia tak makan pun kek dia," rungutku tak berselindung. Sementara Zara menunduk, menatap piring yang terisi sepotong kek red velvet.

"Bawah kek tu. Macam ada kertas."

Zara mengangkat piring kek lantas membaca coretan di sticky note itu.

"Selamat hari jadi yang ke dua puluh lima. Puan Mutiara Jelita Binti Muzzafar. Sila nikmati kek sebagai hadiah kami untuk menyambut hari paling bahagia puan. Oh! Patutlah! Hari ni hari jadi kau rupanya! Hmm sampai hati tak cakap!"

Sedikit air liur ditelan. Kesat. Tidak semena-mena bulu roma menegak apabila lelaki tak dikenali. Tiba-tiba saja mengetahui hari ulang tahunku.

Lupakan saja niatnya menghadiahkan aku potongan kek yang ditinggalkan. Kerana perasaan takutku lebih ke skala ketujuh!

"Aku... tak kenal lelaki tu siapa, Zara."

Zara menaikkan sebelah keningnya. Hairan.

"Lepas tu macam mana dia boleh tahu hari jadi kau pula?"

"Aku tak tahu," kataku seraya berpeluk tubuh. Jantung dah berdetak laju. Malah tubuh sudah menggigil. Dengan emosi yang semakin bercelaru. Jari-jemari pula kian sejuk membeku!

Rasa ini...

Sangat sama tika aku sampai ke Kuala Lumpur dulu. Rasa paranoid. Rasa seperti diperhatikan! Sepantas kilat iris mataku terpaku ke arah potongan kek red velvet di atas meja. Bulu roma kian meremang tatkala melihat kek segi tiga berwarna merah itu. Walaupun hanya samar-samar.

Namun aku masih ingat ciri-ciri lelaki yang memesan kek red velvet di kaunter tadi. Berjanggut sejemput dan berpakaian korporat. Sedar bahawa aku masih sempat mengejarnya. Terburu-buru aku keluar dari kedai bakeri. Enggan membiarkan kelibat itu berlalu.

"Tunggu! Jelita!"

Sayup-sayup kedengaran jeritan Zara di belakangku. Sedangkan aku berlari anak mencari susuk tubuh tegap berpakaian korporat di dalam keramaian manusia yang berlalu-lalang.

Toleh ke kanan dan kiri beberapa kali. Sambil kakiku dihayun laju menyusuri beberapa deretan kedai. Nafas semakin mencungap. Namun aku masih tak menyerah. Ligat anak mata mencari kelibat misterinya. Walaupun jantung bagai nak tercabut. Aku tetap kerahkan segala kudratku.

Beberapa tapak sebelum anak mataku terpaku ke arah susuk tubuh yang dicari. Dia berjalan di dalam kerumunan orang ramai yang sedang berpusu-pusu masuk ke dalam kedai baju yang membuat diskaun kaw-kaw.

"Tunggu!"

Jeritan lantangku langsung tidak menghentikan langkahnya. Lelaki itu semakin berjalan menjauhiku. Dia menyelit senyap-senyap di dalam kerumunan orang ramai lalu berjalan pantas ke seberang. Aku menjerit dan cuba menyelit di dalam kerumunan manusia. Mula-mula agak sukar. Namun disebabkan aku memiliki tinggi yang boleh dikatakan terbantut. Aku berjaya juga menyelit di dalam kerumunan homosapien.

"Tunggu dulu!"

Bersesak-sesak nafasku seiring dengan kaki yang semakin pantas mengejarnya. Namun tatkala tubuh itu mula memasuki kenderaan empat roda. Terus terhapus harapanku untuk teruskan langkah. Aku memekik dan hanya mampu memerhati kereta Hilux yang sudah meluncur meninggalkan jalan raya.

 Aku memekik dan hanya mampu memerhati kereta Hilux yang sudah meluncur meninggalkan jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now