39

479 19 0
                                    

Buka sahaja mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buka sahaja mata. Aku melihat Kayyis terlena lesu di sampingku. Dia nampak agak kepenatan. Sekilas mataku melilau memandang sekeliling bilik. Baru tersedar bahawa aku berada di dalam sebuah bilik hospital yang sederhana besar.

Apa yang berlaku? Kenapa aku boleh berada di sini?

"Awak dah bangun?" Kayyis yang baru sahaja terjaga, terus membetulkan postur duduknya.

 "Kayyis, kenapa kita boleh ada dekat sini?" Tanyaku sambil memandang sekeliling bilik. Rasa hairan dek aku tiba-tiba berada di dalam bilik hospital.

"Awak dah lupa? Chalet kita terbakar."

"Chalet..."

Bagaikan sebuah kaset radio. Satu per satu kenangan menjengah di dalam kepalaku. "Mana semua orang?!"

Perasaan gementar semakin membelit dadaku. Aku menggigit bibir dan memandang Kayyis dengan mata yang bergetar. Berharap agar dia tidak menyampaikan berita buruk yang mampu meremukkan segenap hatiku.

"Bertenang. Semua tak apa-apa. Awak tak perlu risau."

Satu nafas kelegaan terlepas dari celah bibirku.

"Alhamdulillah... Ya Allah."

Kayyis ukir senyum nipis. Kemudian bangun dan meraih tray di atas meja. "Makan dulu. Dah lebih empat jam awak tak makan lagi."

Wrap yang menutup makanan dibuka dengan berhati-hati. Kemudian dia menolak sudu dan garpu sebelum kembali mengambil tempat di sebelahku.

"Kenapa pandang saya macam tu? Nak saya suapkan ke?"

Spontan pipiku membahang. Baru teringat kisah dia menyuapku makanan. Sehinggakan terasa maruahku tercalar dek sikap degilku yang melarang mula-mula.

Aku menggeleng lantas menuangkan gulai ke atas nasi putih. Selepas itu aku ambil sedikit isi ikan sebelum aku suapkan nasi ke dalam mulut.

"Sedap?"

"Hmm tak sangka..."

"Apa yang awak tak sangka?"

"Orang selalu cakap. Makanan hospital tak sedap. Tapi kenapa bila saya rasa makanan hospital sedap aja?"

Kayyis mendengus.

"Ingat apalah yang saspens sangat tu. Rupanya sebab ini ja? Haish dikira baguslah tu makanan hospital sedap. Lagipun saya tak pelik sangat kalau awak cakap sedap. Bagi makanan apa pun dekat awak. Semua awak telan ja. Nasib kita ni tak boleh makan lipas, cicak, biawak dan ular. Kalau tidak memang binatang tu pun awak telan juga."

"Euw! Gelilah! Mana adalah! Memandai awak aja!"

Aku menyumbat isi ikan ke dalam mulut dengan geram. Malas mahu mendengar bebelan Kayyis.

"Tangan awak dah kenapa?" soalku, baru sedar sebelah tangannya dibalut dengan kain kasa. Boleh tahan panjang juga balutan dia.

"Lecur."

"Sakit lagi?" Gusar aku menatap Kayyis. Tahu dek kesan lecur itu menunjukkan bahawa dia bersusah-payah cuba membawa aku keluar dari bilik yang menjulang dengan api marak. "Tak. Sikit ja. Tak perlu risau."

Aku menarik nafas lega. "Macam mana chalet kita boleh terbakar?"

"Size kabel yang kita guna terlalu kecil. Itu apa yang polis cakap. Size kabel terlalu kecil dari saiz standard yang dibenarkan. Sebab itu wayar kabel hangus terbakar dan api boleh jadi marak."

Aku gigit bibir.

"Tapi kalau saya tak salah. Semua dah tutup dah masa tu. Macam mana boleh terbakar pula?"

Kayyis jongket bahunya. "Mungkin ada orang lain yang guna lagi?"

"No. I don't think so..." aku menggeleng. Kalau aku tak silap memang selepas Humaira masuk ke dalam bilik. Aku orang terakhir yang menutup semua suis kabel.

"Tak payah fikir sangat. Benda dah jadi. Kita tak boleh putarkan balik masa." Kayyis bangkit lantas mengemaskan kembali trayku. Kemudian dia mengarah aku untuk menghirup sedikit air mineral dan ubat-ubatan dari doktor.

Setelah menelan beberapa biji ubat. Kayyis membantu aku untuk berjalan-jalan di bilik Umi dan Humaira. Nasib katil umi dan Humaira hanya sebelah menyebelah aja.

"Nasib kau sempat keluar dari chalet tu." Balasku sambil memandang wajah keruh Humaira di atas katil. Dengar dari mulut Kayyis. Humaira orang terakhir yang keluar dari chalet. Dan boleh dikatakan agak lama juga Humaira terperangkap di dalam chalet sebelum dia berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

"Itulah adik ingat ajal adik dah nak sampai dah." balas Humaira. Sedangkan aku mengeluh. Teringat kata-kata umi di mana umi bangun dari katil. Kemudian berlalu ke ruang tamu untuk menunaikan solat tahajjud. Tak sangka setelah dia habis sahaja keluar dari tandas. Api dah menjulang marak. Nak memanggil Humaira. Bilik Humaira terletak bersebelahan dengan dapur. Malah api sudah mula menyambar dinding dan pintu bilik.

"Tak baik cakap macam tu. Semua risaukan kau tahu?" Aku mengeluh lantas membetulkan sedikit tudung bawal di kepala Humaira. Agak senget di bahagian awning. Malah kerongsang pun dah sampai ke telinga.

Nasib tenaga aku masih lagi lemah. Kalau tidak memang aku dah tangkap sekeping dua, gambar tak semengah Humaira.

Dia mana boleh kalau orang ambil gambar tak lawa dia. Mengamuk bukan main!

"Umi, Kayyis nak keluar sekejap. Nanti Kayyis datang balik boleh?" Kayyis menghampiri umi yang sedang menikmati makanan.

"Pergilah Kayyis. Kamu pun mesti dah lama jaga Jelita. Pergilah ambil udara segar sana."

Kayyis mengangguk lantas menapak menghampiri aku. "Abang pergi dulu. Apa-apa telefon abang." bisik Kayyis seraya mengusap kepalaku.

"Hmm okey."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now