Kayyis
Nafas semakin termengah-mengah. Untuk seketika tubuhku terhinjut tatkala tubuh seseorang tiba-tiba sahaja muncul di belakangku. Berpakaian kelabu dan sebelah tangan memegang pistol Glock 19. Haruman minyak wangi murah menusuk ke rongga hidungku.
Busuk dan boleh tahan menyengat!
"Wah... wah... wah... Tengok siapa yang berada di sini? Eagle, si manusia talam dua muka."
"Haikal..." aku tersenyum mengejek. Tak sangka orang yang aku tunggu-tunggu. Akhirnya datang pada aku.
"Sejak dari mula lagi. Aku dah dapat rasa. Satu masa kau akan tikam kami dari belakang," kata Haikal. Sedangkan aku ketawa mengejek.
"Bukan ke kita berdua sama? Tak boleh dipercayai?" sindirku seraya mengacukan muncung pistol ke arah Haikal. Sedangkan Haikal mengekek ketawa. Mungkin dia rasa lawak. Dengan keadaan kaki aku yang berdarah. Namun masih lagi berkudrat untuk halakan muncung pistol ke arahnya.
Pathetic...
"Kau nak bunuh aku, Eagle? Kau lupa ke? Kaki kau tu baru sahaja kena tembak? Dah serupa OKU aku nampak kau sekarang haha."
Aku gigit kuat bibirku dan sekuat tenaga aku menapak bangun dari duduk. Iris mata mencerlung tajam ke arah batang tubuhnya.
Haikal tergamam. Mungkin tak menyangka bahawa aku masih lagi, ada tenaga untuk berjalan.
"Setakat kaki aku yang berdarah. Tak akan pernah hentikan aku untuk kejar talam dua muka macam kau. Jangan ingat aku boleh lupa detik akhir Ashad hembuskan nafas terakhir dia! Sejak dari mula, aku kembali ke sini. Aku banyak bersabar dari cuba putuskan nyawa sial kau tu Haikal. Kau bayangkan betapa bencinya aku nak menghadap muka kau setiap hari? Aku perlu bersabar dan aku kena tahan diri aku dari sentuh tubuh kau dan kerat badan kau tu!" mataku memerah dan nafasku termengah-mengah. Rasa sakit yang semakin mencucuk kakiku hanya terasa bagaikan angin lalu.
Hati ini lebih menderita berbanding kaki yang membuak-buak mengeluarkan darah merah tika ini.
"Kau... Kau ingat sesenang itu sahaja. Kau nak tarik nyawa aku?" sindir Haikal sambil mengangkat muncung pistolnya. Matanya bergetar dan rahangnya mengeras.
"Kalau kubur perlukan dua orang. That means the two of us will root in hell!" kataku seraya menghalakan muncung pistol ke arah dahi Haikal. "Beritahu aku! Sebab apa kau bunuh Ashad?!"
Haikal sengih sinis.
"Eagle, kau ingat kau tu pandai sangat ke? Sejak dari mula lagi, Seri dah dapat hidu yang kau dan Ashad ada rancangan lain. Aku hanya menjadi penyampai kepada Seri dan jadi spy memandangkan Seri buka tawaran yang cukup istimewa untuk aku."
Nafasku berombak-ombak. Aku cuba mengawal kemarahanku dari meledak. Tidak menyangka bahawa sesenang itu sahaja Haikal boleh berubah dan sanggup menjadi ular. Walhal Ashad terlalu percayakan dia sebagai seorang sahabat?
"Heh, niat arwah Ashad terlalu murni. Dia sanggup carikan kunci dan keluarkan kau dari sel kotor tu. Tapi tak sangka pula niat murni dia membawa dia pada kehancuran," ujarku seraya menjatuhkan pistol. Dan belum sempat Haikal ingin bersuara. Sekelip mata buku limaku dihayunkan ke wajahnya. Haikal terdorong ke belakang dan serentak dengan itu pucuk pistolnya terjatuh ke lantai. Aku menendang pucuk pistolnya ke tepi dan meregangkan sedikit otot-ototku.
"Sebenarnya aku nak terus tembak kau sahaja Haikal. Tapi bila fikir balik macam terlalu cepat sangat kau mampus. Hurry Haikal, bring it on!"
Tangan diangkat dan kami berbalas pandangan sebelum masing-masing mula menghayunkan tumbukan. Beberapa kali kami berdua bergelut dan beberapa kali juga masing-masing terdorong ke belakang. Aku menendang manakala dia menumbuk. Sesekali kami melompat dan menghayunkan beberapa tumbukan.
Lima belas minit berlalu, kami berhenti dan masing-masing mencari nafas. Aku menjeling Haikal. Dia terduduk beberapa jarak dari aku. Sesekali dia terbatuk-batuk.
"You look terrible. Aku macam tak percaya orang macam kau boleh jadi orang kanan Tuan Zuhai. Hmm kau pakai kabel Seri ke Haikal?" ejekku sambil menatap wajah bengkak Haikal di hadapanku.
Teruk, bibirnya pecah dan hidungnya patah berdarah. Aku tersenyum. Puas kerana itulah habuan kepada ular seperti dia!
"Eagle... Please... Bagi aku peluang. Aku tahu kau pun banyak kehilangan darah. Takkan disebabkan masalah ini kau sanggup mati bersama dengan aku?"
"Who knows? Maybe I do like it?"
Setakat mati bersama dengan dia. Aku tak hairanlah! Asalkan dia tak hidup bahagia!
Sepantas kilat aku menghayunkan tendangan di tulang rusuknya. Haikal terdorong ke belakang lantas mengangkat sebelah tangannya. Mahu menyerah kalah. Seulas bibirku menguntum senyum mengejek. Dia ingat aku akan terpedaya dengan lakonan drama king dia? Serta-merta aku mencekak kolar bajunya. Kemudian melayangkan satu tumbukan lagi ke wajahnya. Haikal meraung dan terbatuk-batuk beberapa kali.
"Bertahanlah Haikal. Aku masih tak puas lagi nak bermain dengan kau."
"Kayyis! Belakang awak!"
Bang!
Belum sempat aku mahu menoleh. Susuk tubuh seseorang terlebih dahulu menolak aku ke bawah. Aku tersungkur ke tanah dan kedengaran beberapa lagi tembakan ditembak secara rawak.
"Jelita..." anak mata terpaku ke arah Jelita yang terduduk di hadapanku. Bahu dia ditembak dari belakang. Belum sempat aku mahu bersuara. Spontan pandanganku terpaku ke arah Seri yang menghalakan muncung pistol ke arah Jelita.
Tidak...
Bersiap untuk ending... cinta hati!
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...