Shawl dibelit beberapa kali sebelum aku pinkan ke anak tudung. Kemudian aku oleskan sedikit lip gloss ke bibirku sebelum aku semburkan sedikit minyak wangi Dior di telapak tangan. Puas dengan penampilanku sendiri. Aku capai pula handbag lalu menapak keluar dari bilik.
Lama aku bertapa di rumah. Tiba masa untuk aku merantau satu bandar. Dalam satu jam aku memandu baby Karrieku. Aku berhenti di Setia City Mall. Perut dah berkeroncang. Meminta diisi.
Hanya menunggu masa, memilih sajian tengahari.
"Pekena Kfry pun bagus juga ni. Dah lama tak merasa," aku mengulum senyum.
Tak sabar sungguh, nak merasa Bumbuk! Nak cari Kfry dekat Kedah memang tak adanya! Kalau mengidam sangat, terpaksalah buat sendiri. Beli keju dan balut keju dekat ayam! Walaupun tak rasa sama dengan KFry tapi dikira boleh jadilah. Kfry ala-ala kampung!
"Banyak pula kereta hari ni."
Stereng kereta di pusing ke kanan. Tercari-cari aku tempat kosong untuk diparking nanti. Beberapa saat aku menghela nafas apabila melihat satu tempat kosong disisi kananku.
Alhamdulillah! Syukur!
Sepantas kilat aku membelok Baby Karrieku lalu memarkingkan keretaku ke dalam kotak parking. Kemudian capai handbag dan belek foundation di mukaku. Okey cun! Segera aku keluar dari kereta dan menapak mendekati lif.
Setibanya aku di tingkat dua. Anak mata terpaku ke arah susuk tegap seseorang yang bersandar di palang kayu. Dia berada beberapa jarak dari aku. Jauh tapi aku masih kenal otot badannya dan juga ketinggiannya.
Kayyis...
Lelaki itu kelihatan berdiri membelakangiku. Sebelah tangan menongkat dagu sambil mata hitamnya merenung ke arah bawah. Automatik kepalaku ditoleh. Mencari apa yang sedang dilihat. Kala itu, terkelu lidahku melihat satu keluarga.
Keluarga mat salleh!
Kelihatan si ayah sedang mencempung tubuh anak lelakinya. Sementara isterinya pula merangkul lengan si suami sambil berbual mesra.
Happy family.
Spontan bibirku dikemam. Rasa kekok apabila sedar di mana arah fokus Kayyis. Aku angkat muka dan kembali mencari susuk tegap Kayyis.
Kali ini susuk tegapnya sedang menapak masuk ke dalam lif.
Tubuhnya bersandar seraya kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket. Kepala masih menunduk.Entah apa yang membelenggu fikirannya ketika itu. Sesaat pintu lif tertutup. Aku kembali aturkan semula langkahku. Selepas ini aku perlu terus isi perut aku yang kosong. Walaupun dalam kepala pelbagai persoalan yang menerjah ruang minda.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...