"Princess, wake up."
Sayup-sayup suara garau lelaki itu menyapa halwa telinga. Kemudian terasa pipiku ditarik. Aku menepis telapak tangannya lalu kepalaku berpaling ke kiri. Tidak mahu membiarkan 'pengganggu' itu menganggu aku lagi.
"Memang nak kena letak bom ke baru nak bangun ni?"
Dia membebel, bagaikan mak nenek. Beberapa detik terasa pintu di sebelahku dibuka, sebelum terasa satu tangan menarik pinggangku. Tubuhku dicampak pada sesuatu yang keras dan aku terus terbangun!
Aku melopong. Terkejut melihat Kayyis yang sesedap asam boi memikulku.
Dia menolak pintu rumah sambil bersiul. Manakala aku mengigil menahan rasa amarah apabila diperlakukan sebegini rupa. Apa dia ingat aku ini seekor kucing ke?!
Pikul aku dan campak aku bagaikan aku oyen di matanya?!
"Syed Kayyis Kaiser! Siapa benarkan awak pikul saya?! Turunkan saya! Awak ingat saya ni apa! Kucing ke?!" Belakang badannya aku pukul kuat.
"Hush. Cuba bersabar sikit. Sampai ja rumah terus jadi ibu singa. Tadi dekat masjid. Bukan main sopan mengalahkan gadis Melayu terakhir."
"Itu sebab banyak orang memerhatikan kita. Sekarang kita berdua. Tak payah nak berlakon sopan dan abang segalalah..."
Kayyis hamburkan tawa. Kemudian angguk beberapa kali sebelum dia turunkan aku dari bahu kirinya. Aku merengus dan menjeling sekeliling rumah.
"Rumah sapa ni?"
"Have you forgotten the last few weeks, princess? You're angry in front of my gatehouse!"
Aku kecilkan mataku. Siapa tak marah kalau kau sendiri perangkap aku?!
"Saya bukan sengaja nak pikul awak, princess. Awak yang tak bangun. Jadi dari biarkan awak mengotori kereta saya dengan air liur awak. Lebih baik saya pikul awak masuk dalam rumah."
Memerah rasa kulit pipiku mendengar usikan Kayyis. Spontan tangan mengelap kasar bibirku. Takut jika apa yang dia cakap itu betul kesemuanya!
Namun Kayyis tetap Kayyis! Dia menipu aku lagi! Ish rasa nak gigit sahaja kekura tangannya! Nak comeback jadi anjing! Tapi tak jadi pula dek aku dah terpegun dengan sekeliling rumah. Rasa macam anginku kembali surut.
Sumpah aku betul-betul terpesona dengan interior design rumahnya. Tak mewah tapi minimalis dan bersahaja!
Tanpa sedar aku atur langkahku ke hadapan. Mahu melihat sekeliling rumah.
Kayyis yang memerhatikan, hanya membiarkan aku menjelajah seluruh rumahnya. Mungkin dah biasa dengan reaksi yang diterima. Diaturkan langkah membuntuti aku sambil memusingkan kunci dengan jari telunjuknya.
Beberapa minit berlalu. Kayyis berhenti dan berpeluk tubuh. Mungkin dah penat dengan aku yang tawaf beberapa kali. Sebab itu wajah dia nampak terseksa dengan aku.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...