60

1.1K 45 4
                                    

Bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang!

Bunyi tembakan terasa sangat berdesing di telingaku. Serentak dengan itu hidungku menangkap bau hanyir darah. Sebelum aku memberanikan diri membuka kelopak mataku.

"Kayyis..." tubuh aku terbungkam. Lidah bertukar kelu. Malah mata membulat memandang Kayyis yang berdiri di hadapanku.

Kayyis memegang dada dan beberapa saat dia memuntahkan darah di dalam mulutnya. Aku terkaku dan tangan mula menggigil melihat darah yang semakin membasahi lantai. Dan pada masa yang sama kedengaran bunyi tembakan bergema lagi dan kali ini susuk tubuh Seri terkulai layu ke tanah. Indah yang baru sahaja masuk, terus meluru ke arahku.

"Tak... Kayyis..." terketar-ketar tanganku menutup darah yang semakin membuak-buak keluar dari dadanya.

"Kenapa? Saya cuba nak selamatkan awak... Kenapa awak..." rintihku seraya melekapkan wajahku ke dadanya. Mataku mula berkaca-kaca. Sedangkan kedengaran tawa kecil Kayyis dari cuping telingaku.

"Tak ada manfaat untuk awak selamatkan lelaki macam saya Jelita. Saya tak layak untuk awak selamatkan," bisik Kayyis seraya terasa helaian rambutku diusap lemah.

"Di akhir nafas saya... awaklah satu-satunya kekuatan untuk saya melangkah,"

Aku menangis teresak-esak di dadanya dan sedaya-upaya cuba menghentikan darah di dadanya. Peluh memercik di dahiku.

"Maaf kerana paksa awak dalam perkahwinan kita,"

"Tak... tak apa..." ujarku seraya mengukir senyum tawar sebelum terasa wajahku ditekup.

"Untuk nafas saya yang terakhir. Boleh panggil saya abang?"

Setitik lagi air mata jatuh ke pipiku. Aku mengangguk dan tersenyum lembut. Sedangkan Kayyis menyeka air mataku dengan segala kudratnya.

"Bertahan abang. Tolong, demi Jelita. Please... Jelita cintakan abang sangat-sangat."

Kayyis tergelak kecil dan buat seketika setitik air matanya jatuh ke ribaku sebelum sayup-sayup kedengaran suara Kayyis mengucapkan dua kalimah syahadah.

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah rasul utusan Allah."

"Kayyis..." panggilku sambil menggenggam sebelah tangannya. Air mata tak putus-putus mengalir tatkala tiada lagi cahaya dari kedua-dua iris indahnya.

Dan bagaikan angin lalu, aku tak akan  pernah lagi mendengar suara serak nakalnya yang cuba menjengkelkan hari-hariku. Dia pergi membawa separuh dari jasad dan tawaku bersamanya.

 Dia pergi membawa separuh dari jasad dan tawaku bersamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now