Sebaik sahaja Baby Karrieku diparkir cantik di halaman rumah. Aku terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah bersama dengan totebag dan juga kamera di tangan.
Setelah punggung dilabuhkan di atas sofa. Terus aku mengeluarkan sebuah buku dan juga satu telefon pintarku sebelum aku susunkan barang-barang itu ke atas meja kopi.
Beberapa keping polaroid yang diselitkan di dalam buku turut juga dikeluarkan. Baru sahaja tangan memunggah barang-barang di dalam totebag. Sebungkus roti tiba-tiba sahaja tercicir dari dalam totebagku.
Aku terkedu. Baru teringat bungkusan roti melon yang dihulurkan oleh seorang staff perempuan padaku pada pagi tadi. Tanpa berkata apa terus sahaja pekerja itu berlalu pergi.
Aku tahu semua ada kena mengena dengan Kayyis dek banyak kali juga aku melihat Kayyis berbual sesuatu dengan staff perempuan itu.
Dan apabila sepasang mata hitam itu memanah ke arahku. Spontan aku bergerak keluar dari bangunan putih itu. Rasa ralat dan takut jikalau Kayyis, cuba mencungkil maklumat mengenaiku.
Buat kalau tiba-tiba dia menyoal staff perempuan itu mengenai aku. Habis pecah tembelang aku nanti!
Sedang aku memeriksa polaroid di tanganku. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi deringan dari telefon pintar. Aku memunggah totebagku lantas mengeluarkan gadjet.
Mesej dari Alora, memberitahu bahawa dia bakal ke Shah Alam minggu depan. Sementara itu dia akan berhenti sekejap di Puncak Alam. Mengajak aku untuk keluar bersama, jika aku ada masa.
Dua ulas bibirku sudah terukir senyum. Sejak dua menjak ini terasa rindu dengan sahabat baikku. Mesej Alora dibalas. Aku memberitahu dia bahawa aku bersetuju dan akan berjumpa dengan dia nanti.
Setelah selesai menghantar mesej pada Alora. Aku terus menapak masuk ke dalam bilik untuk mandi. Selepas ini aku berhasrat untuk senyap-senyap pecah masuk bilik Kayyis.
Mahu mencari kunci untuk kotak besi yang disembunyikan itu. Jika aku bernasib baik. Mungkin aku dapat mengetahui apa isi di dalamnya. Jika tidak, memang aku terpaksa gunakan cara lain untuk menghancurkan mangga silver itu.
Hampir beberapa jam aku habiskan masa mencari kunci kotak besi tersebut. Aku akhirnya menapak keluar dari bilik Kayyis. Rasa sangat berputih mata! Agak lama juga aku 'bertapa' di dalam bilik Kayyis. Mencari kunci pendua di setiap pelosok. Namun tetap semua usahaku sia-sia sahaja. Langsung tak berhasil!
"Dalam bilik tak ada. Entah-entah dia sembunyikan kunci tu dekat tempat lain apa?"
Pelipis diurut sambil aku berfikir sejenak.
"Jangan-jangan dia bawa kunci tu sekali, nak rahsiakan sangat. Sampai sanggup bawa kunci tu bila pergi kerja?"
Aku sudah menggigit bawah bibirku. Entah kenapa terasa apa yang aku fikirkan ada benarnya juga. Lambat-lambat aku bergerak menuruni anak tangga. Berfikir sama ada perlu ke aku mencari kunci itu di ruang tamu atau di dapur dahulu.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
عاطفيةCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...