52

463 19 0
                                    

Usai melalui laluan sempit yang hanya memuatkan tubuhku sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai melalui laluan sempit yang hanya memuatkan tubuhku sahaja. Aku bangun dan bergerak mencari Humaira di tingkat dua. Berhati-hati langkahku, takut jikalau musuh sedar kehadiranku.

Kini sudah sembilan buah bilik aku teliti dan tatkala kakiku berhenti di bilik yang kesepuluh. Mataku tiba-tiba terpaku ke arah susuk tubuh Humaira yang terbaring dengan tangan dan kaki yang diikat di lantai.

"Ya Allah Humaira!"

Tubuh lemah Humaira aku bangunkan. Tali yang masih terikat di kakinya. Aku longgarkan dan campakkan ke lantai. Raut wajah Humaira tak bermaya namun ada terselit sinaran dari bebola matanya. "Kakak..."

"Jangan risau kakak ada dekat sini. Tak akan ada sesiapa yang akan cederakan Humaira lagi." bisikku seraya mengesat air mata Humaira yang masih merembes ke pipi.

Selepas kami keluar dari bilik. Aku bergegas menarik Humaira melalui laluan sempit tadi. Kami merangkak di laluan rahsia. Dan baru sahaja kami mahu menghala ke arah tingkap. Satu suara tiba-tiba sahaja mencelah.

"Nak pergi mana?"

Serentak dengan itu pistol di tanganku ditendang dengan tiba-tiba sebelum muncung pistol seseorang dihalakan terus ke dahiku.

Tubuh aku terkaku. Mata membulat melihat wajah lelaki asing di hadapanku.

"Tak silap aku kau golden blood bukan?" bibirnya mengukir senyum. Kemudian muncung pistol terus dihalakan ke arah Humaira. Mata Humaira membulat dan spontan Humaira mengangkat kedua belah tangannya.

"Yang bukan golden blood. Layak mati."

Belum sempat peluru ditembak. Satu susuk tiba-tiba sahaja melompat dan menikam lehernya. Aku dan Humaira tergamam, mata membulat melihat aksi yang tak disangka-sangka itu.

Setelah tubuh penyerang rebah ke lantai. Tubuh si penyelamat terus menapak setapak demi setapak ke arah kami. Pisau yang sudah berlumuran dengan darah dicampaknya ke lantai.

Mask dibuka dan nafasnya termengah-mengah. "Are you okey?"

"Kasih!" Mataku membulat, tidak percaya perempuan di hadapanku Kasih.

"Saya datang ke sini. Nak bawa awak keluar. Cepat kita tak ada masa lagi." Kasih menolak aku dan Humaira ke tali yang diikat di tingkap. Selepas dia memasangkan tali keselamatan di pinggang Humaira.

Humaira mula memberanikan diri, turun dengan tali yang diikat di tingkap. Aku mengetap bibir. Memandang Humaira yang masih turun dengan tali.

Buat seketika aku ketap gigiku. Perasaan risau semakin menebal di dada. Bagaimanakah keadaan Kayyis sekarang? Selamatkah dia?

"Kasih maafkan saya. Tapi tolong jaga Humaira baik-baik. Saya nak jumpa Kayyis."

"Apa? Tak boleh! Kayyis tak benarkan! Dia dah minta saya untuk bawa awak dan Humaira keluar! Berbahaya untuk orang yang macam awak pergi ke sana!"

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now