Beberapa pelanggan sudah beransur menapak keluar dari bakeri. Bungkusan roti hanya tinggal tiga bungkus roti. Manakala di dalam peti sejuk pula hanya tinggal empat biji kek. Kelihatan Zara sedang sibuk membancuhkan minuman di dapur. Nukail pula sedang mengira pembelian pelanggan di kaunter.
Sedangkan aku? Lebih banyak termenung sambil tangan bergerak mengelap meja makan.
Jadi pekerja haruslah profesional. Nak merungut dan mengelat hanya disebabkan masalah sendiri. Itu bukan professional namanya. Itulah apa yang pensyarah aku selalu katakan.
Walaupun begitu, kepalaku tetap tidak mampu bertoleransi dengan benar. Rasa semakin berserabut dengan pelbagai teka-teki dan persoalan. Terlalu kusut dengan semua benda. Patah semangat! Gawat! Semua menjadi satu!
Selepas mengelap beberapa buah meja makan. Punggung dilabuh sejenak ke atas kerusi. Sesekali aku regangkan sedikit otot badanku. Sesaat hidungku disapa dengan bauan kopi. Aku mengangkat muka dan melihat Zara meletakkan secangkir kopi di atas meja.
Kerusi ditarik sebelum punggungnya dilabuh di situ. Zara pamer senyum lantas memberikan isyarat mata supaya aku meneguk sedikit kopinya.
"Minum dulu. Tenangkan dulu fikiran kau."
"Hmm susahlah. Aku tak boleh bertenang langsung, Zara. Banyak persoalan bermain dalam kepala aku sekarang," ujarku seraya mengurut pelipis sendiri. Sementara Zara menyeluk sesuatu di dalam poketnya. Sekeping kertas yang dilipat kecil. Kemudian dibuka sebelum diserahkan pada aku.
"Mungkin tak banyak sangat membantu. Tapi mungkin kau boleh dapat petunjuk melalui kertas yang ditinggalkan."
Aku mengeluh berat lantas mengambil kertas yang dilipat dari tangan Zara. Beberapa detik aku mengangkat muka.
"Kau dah buang ke, kek pelanggan tadi?"
"Aku terpaksa buang. Lagipun masa kau kembali tadi. Muka kau nampak pucat sangat. Nukail yang duduk dekat kaunter pun tumpang risau dengan keadaan kau."
Bibir koyak senyum. Lantas jari-jemariku dibawa ke birai kopi. Sekilas aroma kopi menampar deria bau sebelum air kopi disisip perlahan.
"Feeling better?" prihatin Zara menyoalku. Aku mengangguk lantas tersenyum tawar.
"Sedap kopi kau. Thanks."
Zara tersenyum.
"Dah kau jangan fikir banyak sangat. Esok aku akan suruh Encik Faizal tilik betul-betul muka lelaki tu dalam CCTV. Mujurlah Encik Faizal baru letak CCTV dalam bakeri kita. Kalau tak memang tak terjamin keselamatan kita semua."
"Tapi... tak berguna juga, Zara. Lagipun lelaki tu pakai cermin mata hitam. Masa minum pun dia tak tanggalkan langsung cermin mata dia," keluhku sambil teringatkan semula lelaki berpakaian korporat tadi.
Langsung tidak membuka cermin matanya tatkala menghirup latte. Dia hanya diam dan sekali-sekala jari-jemarinya bermain dengan skrin iPhonenya.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...