Mundar-mandir aku di koridor hospital Shah Alam. Resah dengan keadaan Alora di dalam bilik kecemasan itu. Jari-jemari sudah sejuk menahan udara dingin melalui penghawa dingin yang masih lagi terpasang.
Beberapa jam menunggu Alora, dengan kepala tersengguk-sengguk menahan kantuk. Akhirnya seorang doktor lelaki menapak keluar dari bilik wad. Kami berbual sebentar, sebelum aku menarik nafas kelegaan apabila mendengar khabar baik dari belahan bibir itu.
Kata doktor, kecederaan Alora boleh dikategorikan sebagai kecederaan ringan. Memandangkan tikaman di lengan Alora tersasar dan tidak terkena di bahagian tiga saraf pentingnya. Selesai aku mengucapkan terima kasih pada doktor.
Aku menonong ke dalam wad VIP memandangkan Alora sudah dibawa ke dalam wad VIP.
Dengar dari mulut jururawat yang bertugas tadi ibu bapa Alora yang bermohon untuk menukarkan Alora ke wad VIP. Mungkin mereka mahu memberikan keselesaan yang sebaiknya untuk anak tunggal mereka.
Sesampai sahaja aku ke dalam wad VIP.
Kaki pantas diatur masuk tatkala kornea mata terpaku pada nama Alora di hadapan pintu wad.Simpati semakin menggunung tika melihat susuk Alora yang kelihatan memerhati lama makanan di atas mejanya. Mungkin tengah berfikir sama ada mahu memanggil jururawat atau cuba menyuap makanan dengan tangan yang lagi satu.
"Kau tenung makanan tu, macam makanan tu boleh pergi dekat mulut kau."
Alora menoleh ke arahku lantas tersenyum.
"Mujur kau ada dekat sini. Senang aku nak suruh kau suapkan aku makanan."
Aku pamer senyum lantas membuka plastik lutsinar yang menutup makanan di atas meja Alora. Ada lauk ikan dan sayur di dalam tray. Beberapa potongan buah epal diletakkan di dalam ruangan kiri tray.
"Tak sangka betul. Kita boleh berselisih dengan pembunuh bersiri." kata Alora tatkala aku menuangkan sedikit kuah ke atas nasi. Alora memang suka makan nasi banjir. Sangat serupa dengan aku.
"Pembunuh bersiri?"
Aku berbasa-basi.
"Ya. Muka lelaki tu pernah masuk dalam berita. Mangsa dia memang kaum Hawa macam kita dan tak sangka pula dia boleh ada dekat Shah Alam."
Aku terdiam lantas menyuap satu suapan ke dalam mulut Alora.
"Dia mental ke?"
"Boleh dikatakan macam tulah."
"Bila kau boleh balik? Keluarga kau tak datang ke?"
"Doktor kata esok aku dah boleh balik. Jadi aku fikir baik aku suruh driver ayah aku akan yang ambilkan aku. Nak suruh keluarga aku datang ke sini. Macam melebih aja..." balas Alora seiring menikmati lagi suapan yang seterusnya. Berselera sungguh dia. Walaupun lauk-pauk ini, hanyalah dari hospital. Mungkin dek terlalu lapar. Lincin tray disapunya.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...