Sudah masuk seminggu. Kejadian malang itu berlaku. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Aku pun sudah kembali bekerja seperti biasa. Buat kek dan roti. Sedangkan Kayyis kembali kepada kerjanya.
"Jelita!" Suara Nukail tiba-tiba bergema di dapur. Kepalanya menjengah masuk ke pintu dapur.
"Ya? Kenapa Nukail?"
"Ada orang nak jumpa. Boleh keluar sekejap?"
"Boleh." Aku letakkan semula dulang lantas menapak ke meja. Kelihatan Kasih sudah menunggu aku bersama dengan satu minuman di atas meja.
"Assalamualaikum Kasih. Lama ke sampai?"
"Waalaikumussalam taklah lama sangat. Duduklah." Pinta Kasih sambil senyum nipis kepadaku. Aku ambil tempat di hadapannya dan tersenyum tipis.
Buat seketika kami berpandangan sebelum dia membuka suara.
"Awak ada cakap yang awak nak jumpa dengan saya. Kenapa?"
"Saya nak tanya awak tentang Kayyis. Awak cakap awak kenal dia dah lama kan? Dia macam mana?"
Kasih capai lattenya lantas menyisip sedikit gelasnya.
"Periang tapi ada masa dia serius." Ujar Kasih seraya terdiam sebentar.
"Kenapa awak tanya?"
"Saya cuma rasa macam dia ada rahsiakan sesuatu dengan saya. Malah saya rasa macam ada someone yang cuba nak cederakan saya. Entahlah... tapi sejak dua menjak ni saya rasa macam tak selamat."
Kasih menolak perlahan gelasnya. Lantas matanya memanah sekejap ke arahku. Lama sebelum dia bersuara.
"Awak tahu kan? Saya kawan Kayyis? Macam mana kalau saya tipu awak? Awak masih nak percaya saya ke?"
Aku telan liur.
"Saya tahu tapi... tak salahkan kalau saya dengar dari mulut awak. Hal tipu atau tak. Itu saya boleh fikir lain."
Kasih senyum tipis. "Awak ni memang pelik... awak tahu Kayyis ada dua nama?"
"Maksud awak?"
"Syed Kayyis Kaiser nama sebenar dia. Yang kedua dia ada nama samaran. Orang selalu panggil dia.."
"Eagle?"
"Awak tahu?" Kasih menelan liur. Matanya terkebil-kebil melihat aku. "Yeah. Saya pernah dengar ada orang panggil dia dengan gelaran tu. Eagle. Kenapa? Ada sesuatu ke dengan gelaran tu?"
"Saya tak rasa saya orang yang sesuai untuk beritahu awak. Tapi..." Kasih memandang aku sekilas.
"Saya boleh cakap bahawa saya dan Kayyis. Berada di tempat yang sama."
Berlapis-lapis kerutan di dahiku mendengar tutur bicara Kasih. Tempat yang sama? Apa maksud...
"Apa yang saya boleh cakap sekarang adalah awak jangan pernah cuba percayakan sesiapa."
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...