Keluar sahaja dari kedai buku. Segera anak mataku mencari kelibat Alora. Rasa tak selesa mahu berlama-lama lagi di sini. Kalau boleh mahu sahaja aku angkat kaki, berlalu terus dari Setia City Mall. Tapi mengingatkan Alora yang masih lagi berada di dalam kedai penjagaan rambut. Aku terpaksa mencari dulu susuk tubuh Alora.
"Alora! Dah banyak dah kita beli. Aku rasa lebih baik kita pergi makan dulu. Isi perut yang dah berkeroncong," pujukku sambil menatap Alora yang sedang memeriksa beg kertas di tangannya. Hati rasa tak tenteram. Minda bercelaru. Lebih parah aku dapat rasakan peluh sudah mula merenik di dahiku.
"Kau nak makan?"
"Ha ahh. Aku rasa lapar gila. Jomlah aku bawa kau makan! Mesti kau lapar gila kan? Don't worry! Kali ini aku yang akan belanja kau," kataku diselang-seli dengan ketawa palsu.
"Asal tak makan dekat sini ja?"
Nak berlama-lama lagi dekat sini? Alamatnya aku sedang menempah batu dualah jawabnya!
"Tak naklah. Dekat sini benda yang sama ja. Aku ada nak bawa kau satu tempat yang selalu pelancong makan. Special makanan dia. Kau tak payah risau. Kali ini aku yang akan belanja! Kau cuma ikut aku ja dari belakang," pesanku. Memandangkan kami pergi ke Setia City Mall dengan kereta berasingan.
"Kita nak makan apa sebenarnya ni?"
"Smoked burger! Burger dia sumpah sedap! Kau kena try!"
"Wow! Smoked burger? Hmm sounds good!"
Tanpa berlengah aku terus menarik Alora ke tempat parking. Sempat aku memandang sekeliling. Nak tahu jika lelaki itu masih lagi mengikutiku. Beberapa detik, nafas kelegaan terlepas dari celah bibir. Lega sekejap dek tiada sesiapa mengikuti kami dari belakang.
Selang tiga puluh minit keretaku meredah jalan raya. Aku memarkirkan keretaku di kotak parking yang berjarak beberapa meter dari restoran viral. Waktu genting seperti ini. Memang jalan agak sesak.
Tambahan lagi restoran ini sudah menjadi destinasi tempat pelancongan untuk menjamu selera. Kerana itu banyak tempat parking sudah dipenuhi dengan beberapa buah kereta.
"Nasib kau dapat juga tempat parking!" selorohku tatkala melihat Alora yang menapak menghampiri aku.
"Aku kan selalu bertuah! Kalau hal parking ni, memang senang kacang lah bagi aku!"
"Jangan nak riak sangat. Takut termakan diri kau."
Aku menepuk bahu Alora. Sedangkan Alora menghadiahkan aku satu jelingan.
"Pleaselah Jelita. Jangan skema sangat. Berapa lama kau kenal aku?" sindir Alora sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Aku bergurau ja! Sejak bila kau jenis terasa?"
Aku menarik Alora meredah bus stop di sebelah kami. Sebaik sahaja tapak kasut kami menjejak simen bus stop. Sebuah bus tiba-tiba saja berhenti di hadapan perhentian bas. Beberapa manusia menapak turun dari perhentian bas. Sementara aku dan Alora berhenti sekejap. Memberikan laluan kepada beberapa manusia yang menapak turun dari bas.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...