41

530 21 0
                                    

Semenjak semalam, aku tak boleh tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semenjak semalam, aku tak boleh tidur. Mata sembab dek terlalu banyak mengeluarkan air mata. Terkejut dengan rahsia yang baru saja diterima, rasa tubuh bagaikan tak bernyawa.

Untuk seketika perut aku mula mengeluarkan bunyi. Baru teringat semalam aku langsung tidak menjamah sebarang makanan. Pagi ini pun sama. Aku banyak berkurung di dalam bilik. Hanya solat dan mandi. Langsung tidak menyentuh sebarang makanan.

Beberapa saat telingaku menangkap bunyi pintu dikuak. Sepantas kilat aku bangun dari katil. Tubuh berundur ke belakang, langkah berjaga-jaga.

"Siapa bagi kebenaran untuk awak masuk bilik saya?!"

Sepantas kilat aku menarik gebar menutupi tubuhku. Takut dengan kehadiran Kayyis yang datang secara tiba-tiba. Dia nak apa?

"Berapa kali kau nak aku ingatkan? This is my house. Suka hati akulah nak buat apa." sindir Kayyis, hilang bahasa yang digunakan tika bercakap denganku dulu.

Kayyis menapak setapak demi setapak ke arahku manakala aku berundur hinggakan kepala aku tersentuh headboard katil. "Turun."

"Kalau saya tak nak? Apa yang awak nak buat?"

Kayyis pandang aku. Beberapa saat bibirnya mengukir senyum halus. Mata hitamnya galak memandang aku atas dan bawah. Aku telan liur. Wajah membahang menahan malu dan takut.

Spontan aku bangun dan merentap tanganku. Kayyis berpeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyum terkutuk.

Dia kelihatan berpuas hati apabila aku sudah menonong ke muka pintu. Sebaik sahaja aku menuruni anak tangga. Kayyis menarik aku ke meja makan. Aku tepis tangannya dan menentang sepasang mata hitamnya. Mataku berkaca-kaca, menahan pelbagai emosi. Buku lima dikepal dan rahangku mengeras.

"I hate you!"

"Hate me all you want, you still love me. You can't deny that."

"Mengarut! Dalam mimpi awak sahaja! Jangan nak berdrama!"

Kayyis senyum sinis. Dia meletakkan sebungkus makanan di atas meja.

"Eat it. Dari semalam lagi kau tak makan."

"Saya tak nak."

"Eat, princess. Don't make me angry." tekan Kayyis sambil senyum lebar.

"Tak ada manfaat saya makan jika semua masalah berpunca dari a... hmmm!"

Dengan kasar bibirku dipagut. Aku terkejut dan meronta-ronta minta dilepaskan. Beberapa saat, bibir aku dilepaskan. Wajah Kayyis tegang, rahangnya mengeras dan dengan kasar leherku dicengkam kuat. Aku terjerit dan menggigil ketakutan.

"Tak nak makan lagi, princess? Atau kau nak aku tarik kau sampai ke katil dan buat kau trauma?"

"Kau gila!" aku tepis tangannya, menarik bungkusan makanan ke arahku. Dengan tangan yang menggigil, aku menyuap makanan ke dalam mulut. Mata berair dan aku dapat rasakan titik-titik air mataku menitis ke meja. Kayyis di belakang. Hanya pamer senyuman keji.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now