Telefon pintar disumbat ke dalam beg tika kornea mata terpaku ke arah lampu isyarat yang sudah bertukar hijau. Spontan keretaku dipandu membelah jalan raya, sebelum aku membelok masuk ke dalam lorong perumahan di hadapanku.
Sesekali aku menjeling jam di dashboard. Takut jikalau aku tak sempat, tiba pada waktunya. Sepanjang-panjang, aku melalui satu persatu lorong di hadapanku. Dadaku asyik bertingkah rimas melihat nombor bertukar-tukar di jam dashboard. Mujur beberapa minit selepas itu, keretaku berhenti juga di halaman rumah Kayyis.
Dengan keadaan yang tergesa-gesa, aku mematikan enjin kereta lantas menonong masuk ke dalam rumah. Sesekali kepalaku terteleng ke kiri dan kanan. Mencari susuk tubuh tegap Kayyis yang selalu mengisi pemandanganku.
Sesaat aku terpaku ke arah Kayyis yang baru sahaja turun dari anak tangga. Berpakaian baju t-shirt dan seluar trek. Santai.
"Siapa yang nak datang?"
Aku terus ke menu utama! Teringat pula bahawa, beberapa minit tadi. Aku mendapat berita bahawa kami bakal menerima tetamu istimewa sebentar lagi. Dan dalam keadaan yang terkocoh-kocoh. Aku memandu kereta bagaikan seorang pelesit!
"My family."
"What?! Lepas tu awak boleh main releks ja? Sedangkan lagi tiga puluh minit! Diorang dah nak sampai?!"
"Lepas tu takkan nak berhisteria pula?" sinis Kayyis berbalas. Sedangkan aku menghadiahkan dia jelingan tajam. Ada juga yang kena makan dengan beg Chanel aku nanti!
Usai meletakkan beg dan membersihkan diri di dalam bilik. Aku segera turun, mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki.
Pagi tadi aku bersusah payah bertempur di dapur. Hanya semata-mata mahu membuatkan bekal makanan untuk Kayyis.
Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba Kayyis merengek. Mahukan bekal makanan untuk dibawa ke kerja nanti. Kata dia, makanan di tempat kerjanya. Tak sedap. Entah betul entah tidak. Mana tahu dia nak auta aku. Bukan boleh percaya sangat mulut manusia seperti Kayyis. Tapi bila difikirkan semula. Tak salah pun aku buatkan dia bekal.
Dapat kumpul pahala. Malah, dari dia makan makanan dari perempuan lain. Lebih baik dia makan masakan aku sahaja.
Lama memerah otak, akhirnya aku ringankan juga tulangku memasak nasi goreng untuk dia. Simple sahaja tapi cukup untuk mengenyangkan perut Kayyis!
"Awak tengah buat apa ni?" soal Kayyis tatkala aku meletakkan sekotak skincare dan beberapa peralatan mandi ke dalam biliknya.
"Berkemas lah! Buat kalau mommy awak buat spot check dan dapat tahu kita tidur berasingan?! Habis kita nanti!"
"Excuse me, katek! Bukan kita tapi awak! Saya dah berlapang dada benarkan awak tidur sekali dengan saya. Tapi awak tak nak. Jadi kalau mommy saya dapat tahu pun. Semua salah awak. Saya tak ada kena-mengena dalam hal ini. Titik!"
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...