20

831 25 0
                                    

Keluar sahaja dari perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluar sahaja dari perut kereta. Aku mempelawa Kasih untuk masuk dulu ke dalam rumah. Sempat aku tawarkan dia secangkir kopi. Sejuk-sejuk begini, lebih baik jika panaskan badan dengan kopi hangat. Namun jemputanku ditolaknya lembut dek dia mempunyai hal yang mustahak.

Akur akan permintaannya. Aku mengucapkan Kasih terima kasih. Dan setelah kereta Kasih beredar pergi. Segera aku menonong masuk ke dalam rumah. Mandi dan bersolat. Sebelum aku berlalu ke dapur untuk memasak makan malam.

Peti sejuk dibuka lalu aku keluarkan dua ekor ikan keli dan juga beberapa lagi jenis sayur. Kemudian tanganku bergerak lincah memotong kubis dan beberapa lagi jenis sayur di tempat pemotong.

Selesai memasak ikan keli masak lemak cili api dan juga sayur campur. Aku melirik sekilas ke arah jam tangan.  Sudah pukul sebelas lebih. Tapi batang hidung Kayyis masih lagi tak muncul-muncul.

Sekilas aku mencapai telefon pintarku. Ingin membuat panggilan pada Kayyis. Untuk sesaat telefon pintarku ditekap ke telinga. Panggilan pertama tak terjawab. Panggilan ke dua baru disambutnya.

"Assalamualaikum awak!"

Kayyis menjawab salamku. Sedangkan aku menekan mood speaker lantas mengeluarkan ketulan ais dari dalam peti sejuk.

"Saya ada masakkan makan malam untuk kita berdua. Bila awak nak balik?"

Ketulan ais dituangkan ke dalam jug bercorak bunga mawar. Lalu aku tuangkan beberapa sudu lagi gula ke dalam jug.

"Lusa kot. Awak kan suka kalau saya balik lambat," tutur Kayyis dengan nada bersahaja. Sementara aku mencebikkan bibir. Dia ni...ada sahaja idea nak menyakat aku!

"Jangan nak mengarut, Kayyis! Saya masakkan ikan keli masak lemak cili api dengan sayur campur. Air pula saya bancuhan awak jus oren. Sedap hingga menjilat jari tahu! Sayang kalau awak tak rasa,"

Aku tuang beberapa sudu jus oren ke dalam jug. Sambil itu aku menjeling telefon pintarku yang masih lagi bernyala.

"Lah...ingat awak call saya ni sebab awak masakkan chicken chop atau chicken grill ke. Ini tidak, ikan keli masak lemak cili api dengan sayur campur ja? Alahhhhh, tak sukalah gini!" ucap Kayyis mengada-ada.

"Jangan melebih-lebih Kayyis! Awak ingat saya ni tengah buka restoran western ke? Sampai pesan chicken chop, chicken grill segala ni?" pipi terasa memanas.

"Lahh betul apa? Lagipun muka awak tu kan. Sebijik macam mak cik kantin sekolah kita tahu. Macam mak cik Bedah,"

"Kayyis!"

Bergema kuat suaraku ketika ini. Tidak mampu lagi menahan usikan 'tak bertamadun' Kayyis. Dia cakap muka aku serupa mak cik kantin kot! Apa kelas?! Kalau serupa macam Jennifer Lawrence. Kembang jugalah aku! Ini dikutuknya aku serupa mak cik kantin!

Podahhhh!

Serentak itu kedengaran gelak tawa Kayyis dalam talian. 

"Saya tak nak bercakap dengan awak lagi!"

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now