37

463 19 0
                                    

Aku membantu umi membuka beberapa buah bekal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membantu umi membuka beberapa buah bekal. Sedangkan Humaira lebih banyak berbual dengan Kayyis di sebelah mak ngah. Sejak kami sampai di Port Dickson beberapa jam yang lalu. Kayyis yang lebih banyak menyibukkan diri. Sesekali dia membantu umi mengangkat beberapa buah beg. Selepas itu dia menolong pula pak ngah, memeriksa barang-barang di dalam bonet kereta.

Usai meletakkan beg dan mengerjakan solat di dalam chalet. Semua kembali turun ke bawah untuk menikmati makan tengahari. Mak ngah mengarah kami semua untuk duduk di bawah pokok kelapa. Kayyis membantu membentangkan sebidang tikar. Manakala yang lain sibuk menyusun beberapa bekal di tengah-tengah ruang.

Aku mengulum senyum apabila melihat beberapa jenis lauk-pauk di hadapanku. Ada ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam dan sayur campur.

"Ikan siakap tiga rasa ni siapa yang buat?"

"Mak ngah yang masak ikan siakap tu. Sotong goreng tepung pun mak ngah yang masakkan. Yang tomyam dengan sayur campur tu pula. Umi hang yang masak."

"Sedap ni mak ngah! Lama tak rasa masakan mak ngah ni!"

"Mak ngah masak untuk hanglah kak. Hang kan suka ikan siakap tiga rasa! Haaa Kayyis. Pandang lama buat apa? Hang makan kan, ikan siakap tiga rasa?" soal mak ngah ramah. Sedangkan Kayyis hanya terkebil-kebil apabila namanya tiba-tiba disebut. Tak sangka agaknya dirinya menjadi topik utama.

"Dia tu bukan makan pun mak ngah. Abang tu jenis jaga badan! Dekat rumah. Mana sentuh snek-snek semua. Air bergula pun diharamkan dalam list makan minum dia! Suami Jelita ni... Boleh dikatakan versi lelaki untuk Lisa Manoban mak ngah."

"Janganlah menfitnah saya sayang..."

Kayyis pamer senyum nipis sambil menjegilkan biji matanya kepadaku.

"Apa dia? Lisa Baboban?"

"Lisa Manoban lah mak ngah! Lisa Manoban!" Humaira mencelah. Pantang dia kalau idola kesayangannya disalah sebut!

"Hish macam pompuan pula hang ni Kayyis! Ada pantang larang semua! Mak ngah ni! Kalau ada banyak makanan depan mata ni! Memang semua makanan! Mak ngah rasa! Lagi-lagi kalau si Ashad tu masak! Sedap sehingga menjilat jari lah!"

Kata-kata yang meniti di bibir mak ngah buatkan umi dan Humaira menunduk lemah.

"Ashad?" Kayyis memandang mak ngah sekilas, mungkin sedang cuba menyusun kepingan puzzle di dalam akal fikirannya.

"Dia abang sulung Jelita. Ashad Azim. Kalau Jelita pandai buat kek. Si abang pula pandai masak lauk! Tapi itulah dah lama kami semua tak berjumpa dengan dia. Lost contact..."

"Dah kenapa cerita tentang Ashad masa sekarang? Orang nak makan terus tak ada rasa nak makan," tegur pak ngah sambil menjeling sekilas wajah sugul umi.

Mak ngah yang baru sahaja sedar. Terus menunduk. Tahu kesilapan sendiri. Buat seketika terasa seseorang melabuhkan duduk di sebelahku. Aku berpaling dan melihat Kayyis mencedok nasi ke dalam pinggan.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now