Tepat pukul sepuluh lebih. Aku tiba juga di hadapan rumah banglo Andika. Seperti biasa setelah aku selesai parkingkan keretaku di halaman rumah. Aku akan periksa dulu segala barang-barangku. Mana tahu aku ada tertinggal barang penting seperti telefon atau dompet di dalam kereta.
Jadi satu hal pula, aku kena patah balik dan periksa semula nanti.
"Hmm semua dah ambil." Aku anggukan kepalaku lantas meraih kotak yang tertulis Dunkin Donut di sebelah seat pemandu.
Sempat tadi aku singgah sebentar di Dunkin Donut, beli beberapa biji untuk Andika dan Kasih. Tanda-tanda terima kasihku dek sentiasa menjaga keselamatanku. Rasanya dah masuk sebulan juga. Aku tinggal bersama pasangan suami-isteri itu.
Mereka pun layan aku dengan baik. Walaupun sekali-sekala terasa macam aku ni. Anak mereka pula.
Baru sahaja aku mahu meraih totebag. Mataku tertancap ke arah sebatang lolipop dan sticky note yang terselit di bawah totebagku.
Tak sabar nak jumpa dengan awak nanti sayanggggg :p
Nak hukum awak sebab berani curang dengan saya! Heh! :p
Spontan aku ronyokkan sticky note lantas menghempas kasar pintu keretaku. Geram. Aku sangka aku dah bebas dari bayang-bayang si kasanova. Tak sangka pula dia masih bergiat aktif di belakang aku!
"Entah macam mana dia masuk dalam kereta aku pun tak tahu." Aku merungut dan belum sempat kakiku memijak lantai marmar. Aku terkejut dengan pemandangan ruang tamu yang bagaikan tongkang pecah di hadapanku.
Serpihan pasu dan beberapa buah barang kelihatan berselerak di atas lantai. Meja kopi sudah dipusingkan ke kiri. Manakala sebahagian perabot lagi sudah tersadai di dinding ruang tamu.
"Andika..." aku memanggil Andika. Baru sedar kehadiran Andika yang duduk statik di atas sofa. Andika angkat muka dan tarik nafasnya.
"Kau dah balik."
"Apa yang dah jadi? Ada orang pecah masuk ke? Mana Kasih?" Dada aku dah berombak, risau dengan keadaan Kasih.
"Tak ada sesiapa yang pecah masuk. Aku dan Kasih cuma bergaduh. Sikit..."
Lidah automatik bertukar kelu. Bergaduh sikit?
Aku kembali memerhati sekeliling ruang tamu. Rasa macam tak percaya dengan kata-kata Andika. Macam ini dia cakap sikit? Aku nyaris ingat ada perompak pecah masuk rumah tadi!
"Kau pergilah berehat dulu. Ruang tamu ni aku akan bersihkan nanti," jelas Andika sambil meraup wajahnya. Sedangkan aku terpinga-pinga memandang wajah kusutnya. Masih lagi tak faham apa yang sedang berlaku.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...