Jejak sahaja ke hostel Darlia. Aku mula tak senang duduk apabila beberapa pasang mata sudah memanahku lain macam. Pelik, kebanyakan dari pelanggan hostel dari oversea. Langsung tak ada muka orang Melayu.
Malah tika masuk ke dalam pun aku sedar beberapa susuk tubuh mat salleh sedang berlegar di ruangan berehat.
Manakala beberapa lagi sedang menghirup kopi di sebuah meja kecil yang terdapat di sebelah kaunter. Bila difikirkan semula. Aku dengar selalunya geng mat salleh ini akan menginap di tempat yang murah dek ingin merasai pengalaman di tempat yang berbeza-beza.
"Check in?" Seorang wanita cina tiba-tiba menegurku. Dari raut wajahnya. Terbias sedikit rasa terkejut akan sesuatu. Aku mengoyakkan senyuman seraya menghulurkan kad pengenalaku. Sempat aku menilit dekorasi hostel yang berwarna putih dan coklat pudar itu.
Terdapat sebuah meja bulat yang diletakkan di hadapan kaunter. Manakala kerusi tinggi pula diletakkan bersama dengan meja bulat. Kopitiam style! Simple tapi kemas!
"You seorang sahaja?"
Bagaikan burung belatuk, aku mengangguk.
"Dari mana you dapat tahu hostel ni?"
Berlapis-lapis kerutan di dahiku. Soalan apakah ini? Gaya macam nak menghalau aku aja!
"Saya jumpa dekat 'booking'."
"Oh ya ke? Sebenarnya hostel ni tak friendly muslim," ujarnya seraya menyerahkan kad pengenalan aku semula.
Hah? Tak friendly muslim? Aku telan liur. Patutlah masa aku masuk sini, langsung tak ada wanita muslim. Kebanyakan pelancong rata-ratanya dari oversea.
"First time ada muslim berhijab yang check in," ujar wanita cina itu sambil tersenyum.
Mungkin dia tahu, rasa gelisahku. Disebabkan itu, dia hanya mampu koyakkan senyuman. Aku hela nafas lantas menjeling sekali lagi ruangan hostel itu. Gaya macam bercampur semua. Meja makan, lepas tu tempat berehat lagi. Tapi yang tu dikira okey lagi. Sebab aku tahu aku tak akan makan sekali. Tapi...
"Boleh saya tahu tandas memang share ke?"
Dia mengangguk.
"Lelaki dengan perempuan," jelasnya sambil menyerahkan kad kunci kepada aku. Bagaikan perkara itu biasa baginya. Manakala aku terpempan. Tandas bercampur? Dia maksudkan macam tandas awam ke? Tapi tandas awam pun. Mana ada bercampur tandas lelaki dan perempuan! Aku telan liur dan melilaukan mata di segenap ruang. Rasa gundah berseorangan di tempat sebegini.
"Bilik cik nombor 12. Mari saya tunjukkan bilik cik dahulu."
Dengan berat hati aku mengikut langkah wanita cina itu menaiki anak tangga. Ruangan hostel ini simple dan kemas tersusun. Bila naik atas, terasa macam menginap di dalam guesthouse luar negara.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...