Agak berjam-jam juga aku dan beberapa tetamu terkurung di dalam dewan. Mayat Osman Ali, sudah lama dibawa ke hospital. Tinggal beberapa orang lagi perlu diberikan alibi.
Selepas aku selesai memberi beberapa bukti kepada pihak polis.
Aku segera keluar dari dewan. Rasa tak selesa kalau berlama-lama lagi di situ. Tubuh pun terasa berlengas. Dan kalau boleh, aku rasa nak cepat-cepat hilangkan diri dan membersihkan badan.
Entah kenapa, masih terbayang-bayang lagi wajah Osman Ali yang sudah ditembak mati tadi. Pucat dan matanya terbeliak memandangku.
"Holaaa!"
Aku kaku. Hanya memerhati Kayyis yang masih bersandar di bonet kereta.
"You're late, princess."
Aku masih terpana. Bukan dengan kata-katanya. Namun pakaian yang dikenakan di tubuhnya. Pakaian hitam dan juga cap di kepala.
Sejak bila dia?
Serentak dengan itu, darahku berderau. Aku menekup mulut dan memandang Kayyis dengan wajah tak percaya. Tolonglah, jangan cakap...
"Awak... awak bunuh dia?"
Dia diam. Buat seketika tawanya terburai. Kayyis mengekek ketawa lantas menarik aku ke dalam pelukan.
"Sayang kenapa cakap macam tu? Awak ada nampak saya bunuh dia ke?"
Aku tolak kuat dadanya. Tak percaya dengan sandiwaranya.
"Awak bunuh dia. Saya tahu awak bunuh dia!"
"Kau salah sayang. Bukan aku bunuh dia tapi kita berdua yang bunuh dia."
"Kau gila?! Bila masa aku bunuh dia kau yang..." suaraku berhenti tatkala jari Kayyis tiba-tiba diletakkan di celah bibirku.
"Princess, kau yang tolong aku dapatkan perhatian dia. Bukan ke itu bermaksud kau juga bersekongkol dengan aku?"
Nafasku tertahan. Wajahku memucat. Aku tergamam.
"Yes princess. We both killed him! Isn't it wonderful?" bisik Kayyis seraya mengucup jarinya yang masih setia di celahan bibirku.
Empat pagi, aku masih tak mampu melelapkan mata. Kepala asyik terbayang-bayang wajah Osman Ali yang kaku di lantai. Kosong dan aku boleh lihat darah membuak-buak di dadanya. Mengerikan dan juga meloyakan anak tekak.
Buat seketika aku menekup bibirku, memadamkan wajah Osman Ali dari kotak fikiran.
Lupakan Jelita! Lupakan!
Aku memejamkan mata dan cuba memadamkan lagi bayang-bayang Osman Ali. Sesekali aku mengurut pelipisku. Berharap agar ia hilang dan mati di sana. Namun hanya seketika, sebelum wajah pucatnya kembali menjelma.
Mata terbeliak dan pucat membiru.
"Uwekkk!"
Aku memuntahkan kesemua isi ke dalam mangkuk tandas. Dada bergelora dan titik-titik air mata jatuh ke pipi. Nafasku termengah-mengah.
Perit menahan rasa sakit di kerongkong. Dan perit juga menahan rasa sakit di dada!
Sadis!
Aku pembunuh.
Aku memeluk tubuh yang menggigil kesejukan dan menangis teresak-esak.
Kedua-dua telapak tanganku mencubit peha, berharap agar mimpi ngeri ini cepat berakhir dan aku dapat kembali kepada kehidupan asalku.
Lama berkurung di dalam tandas. Aku kembali setelah keadaanku kian surut. Air mata di pipi aku seka dengan telapak tangan.
Pada masa yang sama aku menjeling jam dinding. Sudah pukul lima pagi.
Aku membuka kabinet, capai pisau yang aku sembunyikan di dalam buku nota dan cepat-cepat selitkan di pinggang.
Senyap-senyap aku keluar dari bilik, capai kunci pendua dan mula membuka daun pintu bilik Kayyis.
Perlahan-lahan aku menapak masuk. Setapak demi setapak. Tidak mahu penghuni bilik itu sedar akan gerak-geriku yang sudah menceroboh masuk ke dalam biliknya.
Sebaik sahaja aku naik ke atas katil. Pandanganku terhala ke arah Kayyis yang masih lagi terlena di atas bantal.
Tanpa sedar bibir diketap rapat, rasa geram melihat dia yang masih lagi enak diulit mimpi. Sedangkan aku, bagaikan gila menahan rasa bersalah dengan perbuatannya!
Sejurus itu aku hunuskan pisau ke lehernya.
Hanya sipi-sipi namun mampu menyedarkan Kayyis. Serentak dengan itu, kami berpandangan. Aku tarik senyum sinis. Puas dengan reaksinya!
"Salah awak. Tak ikat tawanan awak... Jangan salahkan saya kalau nyawa awak melayang pembunuh!"
"I'm just trying to be a gentleman, princess."
Serentak dengan itu, aku tekan kuat pisau di lehernya. Dadaku bergelora. Nafasku tertahan-tahan. Benci dengan sikapnya yang masih lagi cuba bermain dengan api!
"Pandang aku. Tengok macam mana kau mati dekat tangan aku! Pembunuh!"
Kali ini tenungan Kayyis berubah. Tajam matanya memanah ke arahku sebelum bibirnya koyak senyum menyindir.
"All my eyes would be on you, sayang..."
Bagaikan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api. Aku lebih menekan pisau ke lehernya. Langsung tak terganggu dengan cecair merah yang mula mengalir di hujung pisauku. Aku menentang anak matanya, rahangku mengeras.
Pada masa yang sama, darah mula mengalir di hujung jariku. Tanpa sedar jantungku mula berdegup laju. Sesaat wajah Osman Ali terbayang di ruang minda. Sadis dan mengerikan.
Sepantas kilat aku jatuhkan pisau, terjelepok di atas katil dan terketar-ketar memandang darah di telapak tangan.
"Tak! Aku bukan pembunuh!"
Aku meraup kasar rambutku. Titik-titik air mata jatuh ke pipi dan beberapa kali aku bercakap seorang diri.
"Aku tak sama macam kau! Aku tak akan pernah jadi macam kau! Kau yang pembunuh!"
Aku menangis dan menjerit beberapa kali. Kayyis membisu. Hanya matanya sahaja memerhati aku yang teresak-esak histeria di atas katil.
Untuk seketika, dia senyum menyindir. "Pity..."
Dan terus dia tinggalkan aku seorang diri.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...