44

467 17 0
                                    

Sekeping roti dijamah sambil tanganku mengikat apron di belakang badanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekeping roti dijamah sambil tanganku mengikat apron di belakang badanku. Sudah masuk seminggu. Sejak kejadian Kayyis menghilangkan diri. Selepas aku ditinggalkan bersama Andika dan beberapa orang lagi. Andika terus membawaku pulang ke rumahnya. Kasih yang lama menanti di muka pintu. Pantas menarik aku masuk ke dalam. Wajahnya terbias rasa serba-salah.

"Duduk dulu. Saya nak bancuhkan kopi."

Aku mengangguk akur dan membiarkan Kasih menapak ke dapur. Beberapa minit kemudian, Kasih kembali dengan secangkir kopi dan beberapa biji kuih.

"Jemputlah makan." Pelawa Kasih sambil mengambil tempat di sebelah Andika. Aku mengangguk dan capai secangkir kopi. Saja nak hilangkan rasa dahaga.

"Siapa awak semua?"

Lama berdiam diri, aku akhirnya membuka mulut. "Aku tak rasa kau dah bersedia untuk tahu kesemuanya."

"Saya dah bersedia. Tolong beritahu saya apa yang sebenarnya berlaku?" Pintaku. Serentak dengan itu Andika meletakkan secangkir kopi yang sudah licin di atas meja kopi. Dia bersandar di kerusi dan mengeluh.

"Aku akan beritahu kau. Tapi hanya beberapa maklumat."

"Lebih baik dari tak ada langsung."

"Sebenarnya aku bukan polis. Sebelum ini aku sengaja tipu kau. Tak nak kau hidup dalam ketakutan. Sebenarnya aku agen perisikan Red Fire. Satu organisasi rahsia agen perisikan di Malaysia."

"Agen perisikan? Macam Mission Impossible tu? Jadi Kasih pun sama macam awak?"

Andika jeling aku. "Aku seorang ja agen perisikan. Kasih hanya isteri aku. Tak ada kena-mengena dengan Red Fire." Tekan Andika dengan mata yang mencerlung ke arahku. Sementara aku terpinga-pinga di hadapannya.

Aku ada salah cakap ke?

"Misi aku adalah lindungi kau dari organisasi Tuan Zuhai."

"Organisasi Tuan Zuhai..." aku terpinga-pinga.

Buat seketika wajahku memucat. Nama itu. Tak salah lagi. Nama organisasi yang sama yang ditulis dalam surat abang long beberapa bulan yang lepas. "Apa yang mereka nak dari saya?"

"Diri kau hidup-hidup."

Aku terkesima. Beberapa detik air liurku ditelan. Kesat. "Jadi... Adakah itu bermaksud Kayyis juga dalam organisasi yang sama?"

Lambat-laun Andika mengangguk.

"Dia Eagle. Pembunuh upahan dari organisasi Tuan Zuhai. Sebelum ini kami sengaja gunakan dia untuk trace lokasi organisasi Tuan Zuhai. Tapi tak sangka pula si Eagle tu talam dua muka."

Aku telan liur.

"Buat masa sekarang kau tinggal sahaja dekat sini. Bahaya untuk kau balik ke sana." Pesan Andika sambil bangkit dari duduk.

"Esok aku akan ambil semua barang keperluan kau. Buat masa sekarang kau pakai sahaja dulu pakaian Kasih."

Samar-samar bayangan Andika hilang dari ingatanku tatkala susuk tubuh Zara tiba-tiba sahaja muncul dari kornea mata. "Siapa tadi tu? Suami kau ke?"

"Bukanlah dia tu suami kawan aku."

"Alah. Baru nak suruh kau kenalkan aku dengan dia tadi. Segak!"

"Jangan nak macam-macam ya? Mamat tu garang tahu. Kalau kau kenal dia, mesti kau tak akan suka." Jelasku sambil menapak masuk ke dalam dapur. Sempat lagi si Zara ni mengendap si Andika. Mentang-mentang Encik Faizal tak sampai lagi. Bukan main ulat bulu dia nak merenyam.

"Aku bergurau jalah. Lagipun sejak dua menjak ni. Aku tengok kau tu dah serupa macam Zombie. Nak tengok kau senyum pun bukan main susah lagi. Macam ada jongkong emas pula dalam mulut kau tu."

Terkebil-kebil aku memandang Zara yang sedang memasukkan doh roti ke dalam ketuhar. Tak sangka pula dia boleh sedar.

"Aku... aku ada masalah sikit lagipun..."

Kata-kataku terganggu tatkala telefonku tiba-tiba sahaja berdering. Aku memberikan bahasa isyarat kepada Zara lantas berlalu ke tandas untuk menjawab panggilan.

Umi is calling...

"Assalamualaikum umi. Umi sihat?"

"Waalaikumussalam Jelita. Umi sihat aja. Hang sihat ke?"

"Kak sihat ja. Sekarang kak tengah kerja."

"Ya ke? Maaflah kacau hang. Umi ni asyik dok pening dengan perangai Humaira sejak dua menjak ni. Sebab tu call hang. Mana tahu boleh hilangkan stres sikit."

"Humaira buat apa pula kali ni?"

"Biasalah budak tu. Kerja minta kita ambil dia. Bosan agaknya duduk asrama. Tak boleh pegang telefon. Dulu okey ja tapi semenjak dua menjak ni. Terlebih pula dia dengan handphone. Nasiblah SPM lambat lagi. Kalau tak memang umi tak layan."

Aku senyum tawar. Biasalah budak-budak. Mana boleh jauh dari telefon. Lagi-lagi budak zaman sekarang. Dari kecil dah terbiasa dengan telefon. Sebab tu bila pergi asrama. Macam tak senang duduk gayanya.

"Okeylah umi nak tutup dah. Tak nak kacau hang kerja. Nanti umi call balik. Kirim salam dekat Kayyis."

Aku tersentak buat seketika. Dada bergelora menahan rasa benci dan sakit hati tatkala mendengar nama keramat itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam umi..." aku senyum pahit.

" aku senyum pahit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now