Seminggu dah berlalu. Dalam masa seminggu juga. Aku tidak putus, memujuk rayu Kayyis untuk membenarkan aku bekerja. Biarpun begitu, rayuanku tetap juga dipandang sepi.
Dalam masa seminggu juga. Aku ditinggalkan keseorangan di rumah. Sedangkan Kayyis pergi bekerja dan sedikit-sebanyak mampu membuatkan aku dilanda rasa kebosanan yang tak terhingga.
Jika berlanjutan begini, bukan saja berat badan makin menaik. Malah kerja hanyalah fatamorgana aku saja.
Kendatipun itu, aku tak sesenang itu untuk menyerah kalah! Acewahhhhh, dari dulu lagi itu prinsip aku!
Kerana itu abang long selalu bercakap. Aku dan dia sangat sama. Kami naif tapi ada satu masa, kami keras kepala.
Usai membancuh Nescafe di dapur. Aku bawa mug ke ruang tamu lalu labuhkan punggung di atas kerusi. Kornea mata dialihkan ke arah televisyen. Sesekali Nescafe di hirup sambil jari-jemari bermain dengan permukaan mug.
Beberapa detik terdengar bunyi enjin kereta. Aku berpaling ke arah tingkap lantas meletakkan mug di atas meja. Kepala tertoleh ke kanan apabila melihat tubuh tegap Kayyis yang baru saja pulang dari kerja.
Sebelah tangan memegang sehelai jaket di belakang bahu kirinya manakala sebelah lagi menyeluk poket seluarnya. Raut wajahnya tampak dingin.
Namun tatkala kepalanya didongak. Terus seulas bibirnya terlakar senyum. Senyuman nak menyakat!
"Selamat malam, puteri beradu. Sedap tidur dalam rumah ni? Ada mimpi prince charming tak?"
"Balik-balik dah buat orang annoying. Tak boleh ke sehari dua, awak rehat sekejap?"
"No way! Itu bukan saya! I like to tease people. Sehari tak kacau orang. Rasa hari saya tak lengkap. Rasa badan ni menggigil bagai nak gila!"
Aku mencebik. Ada-ada ja dia nak merapu!
Tanpa berlengah, Kayyis melonggarkan tali lehernya. Selepas itu membuka butang di pergelangan tangan kirinya. Aku hanya memerhati.
Entah kenapa terasa susuk tegap Kayyis lebih menarik perhatianku. Patutlah orang ambil dia sebagai model.
Buka butang pun mampu tarik perhatian! Rasanya kalau dia pose tubuh dia, berjam-jam pun pasti ramai tak kisah.
Growwwww
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang kurang menyenangkan. Aku tunduk dan memandang perutku. Pipi memanas. Kemudian kepalaku diangkat. Dan tika itu pandangan kami berlaga.
"Jangan pandang saya macam tu. Saya pun tak pasti kenapa bila saya tengok awak. Perut saya berbunyi..."
"That means you really want to eat me. Did I look delicious in your eyes, princess?"
"That's not!"
"Sorry princess. Saya tahu saya terlampau sedap untuk dijadikan santapan. Hmm kesian awak, kena tahan diri dari menikmati saya. I'm so sorry..."
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...