43

517 22 1
                                    

Buka sahaja pintu bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buka sahaja pintu bilik. Tiada kelibat Kayyis di koridor tingkat dua. Aku menutup pintu lalu bergerak menuruni anak tangga. Tudung yang siap aku pinkan tadi, aku kemaskan supaya nampak lebih kemas. Walaupun mood aku masih lagi swing. Nak tak nak aku terpaksa juga bekerja. Kalau tidak kasihan nanti Zara nak handlekan dua kerja dalam satu masa.

"Kau nak pergi mana?"

Tubuh aku terhinjut tatkala suara garau Kayyis tiba-tiba bergema dari belakang. Aku berpaling. Melihat Kayyis yang berdiri dengan ipad di tangannya. "Saya nak pergi kerja."

"Not today. Hari ini kau ambil cuti," Kayyis meletakkan ipad di atas meja lantas menarik kasar pergelangan tanganku ke tepi. Belum sempat aku mahu bersuara, pintu mangga terlebih dahulu dikunci.

"Heh... baru sekarang awak nak layan saya, macam saya seorang penjenayah?"

"Diam aku tak ada mood sekarang."

Aku senyum jengkel. Lantas berpeluk tubuh. "Tak ada mood sebab saya hampir nak bunuh awak? Takut?"

Kayyis tidak menghiraukan aku. Dia selamba menapak ke arah meja lantas meraih iPadnya. Aku ketap bibir lantas mengejar langkahnya. Rasa mendidih hati ini dengan perilaku kurang beradabnya.

Aku tengah bercakap dengan dia! Tapi dilayan aku bagaikan aku ini halimunan pula!

"Saya tak tahu pula ada orang tu penakut. Baru gertak sikit dah menggigil satu badan. Lain kali kalau takut sangat. Ikat sahaja saya ni. Barulah terjamin nyawa sial awak tu."

Kayyis berhenti lantas menentang tajam anak mataku. "Aku tak ada mood Jelita! Kau dengar tak?"

Aku senyum jengkel. Lantas berpeluk tubuh. "Hmm saya asyik terfikir macam manalah awak tidur semalam. Mesti tengah fikirkan macam manalah kalau betul-betul saya bunuh aw..."

Mataku terbeliak apabila Kayyis menarik kasar tudungku. Lantas mencengkam kuat leherku sebelum bibirku dipagut bengis. Darahku berderau dan sedaya upaya aku meronta-ronta di dalam rangkulannya.

"You... you're the worst! I hate you!" Mataku berkaca-kaca tatkala bibirku dilepaskan. Dan aku terjerit apabila tubuhku kembali ditarik dan wajahku dicengkam kasar.

"Hate me? Hahaha if you hate me you won't blush so easily like this. Kau kalau kau benci aku. Kau sepatutnya bunuh aku betul-betul. Bukan tiba-tiba ubah fikiran dan menangis macam budak cengeng yang tak dapat susu!"

"Kau gila!"

Kayyis tarik wajahku dan sekali lagi bibirku dipagut. Cukup kasar dan menyakitkan. Aku menangis teresak-esak sambil meronta-ronta minta dilepaskan. Beberapa kali aku memukul-mukul dadanya. Namun tetap tubuhnya tak berganjak.

Serik diperlakukan bagaikan wanita murahan. Sekuat tenaga aku cakar kuat dadanya.

Sekelip mata bibirku dilepaskan dan dengan segera aku cakar lagi lehernya. Aku menyingga sedangkan Kayyis merengus.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now