38

481 17 0
                                    

"Aku rasa semua dah tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa semua dah tidur. Tinggal kita berdua ja yang masih bangun."

Terpinga-pinga aku memandang Humaira yang menjengah kepalanya ke dalam chalet bernombor 27. Sejak dari pukul sebelas lebih tadi. Kami keluar dari chalet dan mencari-cari cup Maggi.

"Mana tak semua dah tidur. Kalau kau tiba-tiba merengek. Nak pekena Maggi tengah-tengah malam?!"

"Alah bukan salah adik pun. Adik penat sangat ikut mak ngah tadi. Kau macam tak kenal perangai mak ngah macam mana. Dia mana puas kalau dapat beli satu barang ja. Kalau boleh semua kedai dia nak tawaf."

"Aku tahulah mak ngah kita tu macam mana. Tapi kau tu! Nasi dengan lauk masih ada lagi! Tapi gatal nak beli Maggi! Dah kenapa?!"

"Tak syoklah kalau tak pekena Maggi masa kita pergi holiday kakak. Rasa tak lengkap cuti kita ni. Lagipun adik beli dua Maggi tahu. Satu untuk adik. Satu lagi untuk kakak."

"Kau tak payah nak ambil hati aku sangat. Kalau yang bayar pun aku juga Humaira."

Humaira mencebik.

"Alah akak ni! Yang tu pun nak berkira!"

"Kau jangan ingat aku senang-senang nak lupa tentang kes tadi! Bukan main kau sokong abang ipar kau. Sampai sanggup perdajalkan sendiri kakak kau!"

Humaira memuncungkan bibir. Kemudian berlalu ke dapur. Tahu bahawa dia kalah dengan perang mulut antara kami berdua.

Seketika aku ambil tempat duduk di sofa kosong. Mata melilau memerhati dekorasi chalet yang lebih bertemakan bali.

"Nah Maggi akak."

Aku mengucapkan terima kasih sambil menyambut cup Maggi dari tangan Humaira.

"Lama betul kita tak bercuti macam ni. Dulu kita selalu bercuti dengan arwah abah dan abang long."

Humaira menghela nafas sambil menyumbat Maggi ke dalam mulutnya. Sesekali matanya memerhati skrin tv yang memaparkan berita cina.

"Kau rindu abang long?" soalku sambil menghirup perlahan-lahan kuah kari.

"Siapa ja tak rindu abang long? Dulu kita berdua bukan main rapat dengan dia. Tapi lepas dia keluar dari rumah. Hubungan kita dah tak macam dulu."

Humaira ukir senyum kelat. Kemudian dia kembali menyambung menikmati Maggi karinya. Selang beberapa minit, Humaira bangun lantas mencampakkan cup ke dalam tong sampah.

"Aku dah kenyang kak. Aku tidur dulu."

Panas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Panas. Seluruh tempat terasa panas. Malah badan kian berpeluh, menahan haba panas yang semakin membakar kulit badan. Seketika aku mencelikkan sedikit kelopak mataku. Hanya sesaat sebelum kelopak mata kembali terpejam rapat.

Pedih!

Terasa bebola mataku bagai dicurah dengan cili api! Pedihnya. Hanya Tuhan saja yang tahu! Sesaat terasa tubuh Kayyis bergerak-gerak di belakangku. Kemudian bunyi jeritan bergema dari luar bilik.

"Jelita! Kayyis! Keluar sekarang! Chalet kita terbakar!"

Suara itu bergema seiring dengan bunyi batuk di hujung ayatnya. Bibir digigit dan dengan bersusah-payah aku mencelikkan sedikit kelopak mataku.

"Kayyis..."

Nada suaraku berhenti apabila melihat api mula menjulang naik ke atas dinding. Kayyis yang duduk di katil. Mengerang kuat apabila api menyambar sedikit lengan bajunya.

"Shit!"

Beberapa kali Kayyis menepuk lengan kirinya sebelum dia melompat naik ke atas katilku.

"Ahak ahak!"

Beberapa kali Kayyis terbatuk-batuk di sebelahku. Sedangkan tubuhku semakin longlai menghidu bau asap yang semakin marak menjilat dinding bilik.

"Jelita?" suara Kayyis bergema kuat.

"Se... sesak..."

Sedar bahawa aku semakin sukar untuk bernafas. Serta merta Kayyis menyarungkan hoodie di tubuhku sebelum dicempung tubuhku itu menuju ke arah pintu.

"Please be strong! Saya janji saya akan keluarkan awak!"

Serentak dengan itu telingaku menangkap bunyi hentaman di muka pintu. Berkali-kali bunyi itu bergema sebelum tubuhku berjaya dibawa keluar dari bilik yang semakin dijilat api merah.

 Berkali-kali bunyi itu bergema sebelum tubuhku berjaya dibawa keluar dari bilik yang semakin dijilat api merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now