46

468 24 1
                                    

Masuk sahaja ke dalam bakeri pada pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk sahaja ke dalam bakeri pada pagi itu. Aku sangkakan kafe akan bising dengan suara bingit Zara dan Encik Faizal. Maklumlah semalam dua 'pekerja' nyaris maut di tangan empat lelaki tak dikenali. Pasti akan kecoh satu bakeri ini dengan mulut becok Zara!

Namun dalam beberapa minit aku dan Zara bertungkus-lumus di dapur. Tiada langsung bait-bait perkataan yang terkeluar dari bibir Zara. Dia hanya menyoal tentang roti dan hanya sibukkan diri membuat kerjanya. Aku berkerut. Agak hairan.

Tak akan Nukail tak buka mulut. Aku rasa dengan situasi dia yang hampir mati. Pasti dia akan kecoh dan beritahu semua pekerja-pekerja bakeri!

"Jelita, kau tengok tak muka Nukail tadi? Kesian kan? Tak sangka Nukail boleh jatuh dari tangga."

"Ap... apa?! Jatuh dari tangga?!" Mata terbeliak, tak percaya. Sejak bila pula si Nukail tu jatuh dari tangga?! Sandiwara apakah ini?!

"Ha ahh Nukail cakap dia jatuh dari tangga. Kesian dia. Nasib hidung dia tak patah lagi."

Terpinga-pinga aku memandang Zara. Rasa macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Kenapa Nukail tak jujur sahaja atau semua ini ada kena-mengena dengan Andika?

"Nukail mana?"

Zara tunjukkan pintu dapur.

"Dekat kaunter. Hari ini Encik Faizal suruh dia pegang kaunter aja. Tak payah buat delivery. Yang tu Encik Faizal sahaja yang buat nanti. Hari ini Nukail pegang kaunter dengan mesin kopi. Aku mula-mula tu rasa macam tak percaya juga. Baik pula Encik Faizal nak handlekan tugas Nukail. Sebelum ini bukan main lagi dia bising kalau Nukail buat salah."

Aku angguk dan menjeling pintu dapur. "Nukail ada dekat kaunter ke sekarang?"

Zara mengangguk. Tanpa berlengah aku segera menonong ke dapur. Nak berbual sekejap dengan Nukail.

"Nukail." Panggilku tatkala melihat Nukail sedang duduk di hadapan kaunter. Nukail angkat muka dan pamer senyum.

"Kenapa Jelita?"

Aku gigit bibir dan sesekali jeling ke kanan dan kiri. Takut jikalau Zara atau Encik Faizal sedang memasang telinga.

"Kenapa awak beritahu Zara yang awak jatuh dari tangga?"

Berlapis-lapis kerutan di dahi Nukail. Mungkin pelik dengan soalan aku.

"Sebab, saya tak nak orang lain risau. Lagipun takkan saya nak cakap yang ada orang tumbuk saya? Nanti banyak pula mereka tanya. Seganlah saya nanti kalau mereka tahu saya kalah dengan lelaki tu. Maruah saya ni macam melukut di tepi gantang awak tahu...."

Nukail menggelengkan-gelengkan kepala. Raut wajahnya kelihatan agak sebal dari biasa.

"Awak nak malu apa? Bukannya awak larikan diri. Awak bantu saya tahu. Sepatutnya saya yang patut malu. Saya tinggalkan awak dengan lelaki tu. Teruk sungguh perangai saya." Pipiku berbahang. Rasa malu apabila diingatkan kembali. Aku sepatutnya menjadi berani. Bukan jadi manusia penakut, yang tahu nak selamatkan diri sahaja.

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now